Semakan Keputusan STPM 2020

Semakan keputusan peperiksaan STPM 2020 secara online dan SMS. Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020 akan diumumkan keluar pada tarikh 1 Julai 2021.

Calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan, swasta dan persendirian individu boleh mendapatkan keputusan masing-masing secara online, melalui SMS dan melalui emel.

Semakan Keputusan STPM Secara Online

Calon boleh meyemak keputusan STPM secara online dengan melayari halaman semakan keputusan STPM di portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia bermula jam 12.00 tengahari 1 Julai 2021 di pautan berikut:

https://stpm.mpm.edu.my/stpmK

Semakan Keputusan STPM Melalui SMS

Semakan juga boleh dibuat menggunakan perkhidmatan mySMS. Servis ini akan diaktifkan mulai 1 Julai jam 11.00 pagi sehingga 9 Julai 2021 jam 12.00 tengahari.

Semakan Keputusan STPM 2020

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan keseluruhan STPM 2020 melalui SMS:

  1. Taipkan:

    STPM<jarak>[No Kad Pengenalan]<jarak>[Angka Giliran]

    Contoh: STPM  000325035243  A8123A123

  2. Hantarkan SMS ke 68886

Caj perkhidmatan RM0.15 akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan tiada caj untuk penerimaan. Perkhidmatan ini tersedia bagi talian Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk, XOX dan Unifi.

Keputusan STPM Melalui Emel

Bagi calon yang membekalkan alamat emel ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), keputusan calon akan dihantar oleh MPM terus ke alamat emel calon pada 1 Julai 2021 mulai jam 11:00 pagi.

Keputusan STPM Bagi Calon Tiada Internet

  • Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk calon mendapatkan keputusan peperiksaan.
  • Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk calon mendapatkan keputusan peperiksaan.

Semoga maklumat mengenai semakan keputusan STPM ini berguna buat calon-calon STPM yang lepas. Semoga anda semua mendapat STPM result yang cemerlang.