Jadual Tarikh Gaji 2021 Penjawat Awam

Jadual dan tarikh gaji 2021 kakitangan kerajaan. Gaji kakitangan sektor awam lazimnya dibayar pada hujung bulan dengan cara dikreditkan terus ke dalam akaun bank setiap penjawat awam.

Bagi penjawat awam yang tertanya-tanya berapa haribulan gaji akan masuk akaun, berikut kami kongsikan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2021 untuk rujukan semua. Tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam ini terpakai untuk semua negeri di seluruh Malaysia. Jadual ini bersumberkan jadual rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

[Baharu] Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022

Penjawat awam boleh membuat semakan penyata gaji secara online (e-Pay Slip) sehari sebelum gaji masuk.

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2021

Jadual gaji di bawah memaparkan maklumat bulan, tarikh dan hari gaji serta catatan nama serta tarikh hari perayaan jika ada.

Bulan Tarikh Gaji Hari Catatan
Januari 25.01.2021 Isnin ---
Februari 09.02.2021 Selasa Tahun Baru Cina - 12 & 13 Februari 2021 (Jumaat & Sabtu)
Mac 18.03.2021 Khamis ---
April 22.04.2021 Khamis ---
Mei 06.05.2021 Khamis Hari Raya Puasa - 13 & 14 Mei 2021 (Khamis & Jumaat)
Hari Pesta Kaamatan - 30 & 31 Mei 2021 (Ahad & Isnin)
Jun 14.06.2021 Isnin Hari Gawai - 1 & 2 Jun 2021 (Selasa & Rabu)
Julai 14.07.2021 Rabu Hari Raya Haji - 20 Julai 2021 (Selasa)
Ogos 19.08.2021 Khamis

---

September 23.09.2021 Khamis ---
Oktober 25.10.2021 Isnin ---
November 25.11.2021 Khamis Hari Deepavali - 4 November 2021 (Khamis)
Disember 20.12.2021 Isnin Hari Krismas - 25 Disember 2021 (Sabtu)

Jadual tarikh pembayaran gaji penjawat kakitangan awam kerajaan bulan januari februari mac april mei jun julai ogos september oktober november disember 2021

Klik untuk imej yang lebih besar dan jelas

Untuk perincian maklumat berhubung dengan tarikh dan peraturan pembayaran gaji, sila rujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia SPANM Bil. 5/2020 - Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2021, yang boleh dimuat turun di pautan ini.

Jadual tarikh pembayaran gaji penjawat kakitangan awam kerajaan bulan januari februari mac april mei jun julai ogos september oktober november disember 2021

Jadual tarikh gaji bulanan penjawat awam ini tertakluk kepada pindaan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Sila rujuk portal rasmi ANM di www.anm.gov.my/index.php/utama untuk maklumat terkini tentang tarikh pembayaran gaji kakitangan kerajaan.

Bagi pesara kerajaan persekutuan, sila rujuk Tarikh Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan Tahun 2021.

Diharap maklumat mengenai tarikh gaji bulanan pekerja kerajaan ini bermanfaat buat semua pembaca khususnya para kakitangan awam.