Tarikh Bayaran Pencen 2021 Pesara Kerajaan

Tarikh bayaran pencen 2021 untuk pesara kerajaan. Berikut adalah jadual pembayaran pencen bulanan bagi tahun 2021 untuk rujukan penerima pencen atau wakil sepertimana disiarkan di Portal Pencen JPA / Portal Rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan.

Pesara boleh menyemak dan mencetak slip penyata bayaran pencen secara online menerusi aplikasi Semakan Penyata Pencen di sini.

Jadual Pembayaran Pencen 2021

Bulan Tarikh Bayaran Hari Catatan
Januari 21.01.2021 Khamis Thaipusam - 28 Januari 2021 (Khamis)
Februari 08.02.2021 Isnin Tahun Baru Cina - 12 & 13 Februari 2021 (Jumaat & Sabtu)
Mac 15.03.2021 Isnin ---
April 20.04.2021 Selasa ---
Mei 05.05.2021 Rabu Hari Raya Puasa - 13 & 14 Mei 2021 (Khamis & Jumaat)
Hari Pesta Kaamatan - 30 & 31 Mei 2021 (Ahad & Isnin)
Jun 10.06.2021 Khamis Hari Gawai - 1 & 2 Jun 2021 (Selasa & Rabu)
Julai 12.07.2021 Isnin Hari Raya Haji - 20 Julai 2021 (Selasa)
Ogos 18.08.2021 Rabu

---

September 21.09.2021 Selasa ---
Oktober 21.10.2021 Khamis ---
November

19.11.2020

Khamis Hari Deepavali - 4 November 2021 (Khamis)
Disember 16.12.2021 Khamis Hari Krismas - 25 Disember 2021 (Sabtu)

Dokumen rasmi tarikh bayaran pencen bulanan bagi tahun 2021 boleh di muat turun di sini.

Untuk maklumat terkini tentang tarikh bayaran pencen bulanan bagi tahun 2021, sila layari Portal Pencen - JPA di pautan http://www.jpapencen.gov.my/.

jadual tarikh pembayaran pesara kerajaan untuk tahun pencen 2021

Bagi pesara / penerima pencen di bawah Skim A, bayaran pencen akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank setiap bulan secara automatik, sama seperti pembayaran gaji kakitangan awam. Manakala bagi Skim B, pesara / penerima atau wakil dikehendaki hadir ke bank setiap bulan untuk menandatangani borang tuntutan pencen sebelum bayaran dikreditkan ke dalam akaun penerima. Cara bayaran melalui Skim B ini biasanya dibuat kepada pesara yang uzur dan anak cacat yang menerima pencen.

Semoga maklumat tarikh bayaran pencen bulanan ini berguna buat rujukan para pesara perkhidmatan awam atau wakil dalam merancang bajet dan perbelanjaan.