Jadual Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2020

Jadual peperiksaan PT3 2020. Berikut dikongsikan jadual waktu Pentaksiran Pusat Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2020 sebagai panduan untuk ibu bapa dan pelajar. Jadual ini telah diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mulai tahun 2020 Pentaksiran Pusat PT3 yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, akan hanya melibatkan lima mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Hifz Al-Quran, Pendidikan Kesenian dan Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah (ujian lisan mendengar sahaja).

Pentaksiran untuk 18 mata pelajaran lagi akan dikendalikan oleh sekolah masing-masing secara Pentaksiran Sumatif, berpandukan format pentaksiran dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Pentaksiran Pusat PT3 dilaksana menggunakan 3 jenis instrumen (dapatkan format baharu soalan/ instrumen PT3 di sini), iaitu:

  1. Ujian tugasan amali (projek)

    Untuk mata pelajaran Pendidikan Kesenian (Seni Visual, Seni Tari, Seni Muzik dan Seni Teater).

  2. Ujian lisan

    Melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (ujian lisan Bertutur dan ujian lisan Mendengar), Hifz Al-Quran (ujian lisan Hafazan) dan Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah (LAM).

  3. Peperiksaan/Ujian bertulis

    Melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.


Jadual Waktu Pentaksiran Pusat PT3 Tahun 2020 (untuk calon biasa)

Jadual PP PT3 ini mengandungi butiran waktu dan tarikh peperiksaan, kod dan nama kertas (mata pelajaran), masa dan jenis instrumen pentaksiran.


⦿ Tugasan Amali, Ujian Lisan Bertutur, Hafazan dan Mendengar

jadual waktu tugasan amali, bertutur, hafazan dan mendengar PT3 2020


⦿ Ujian Lisan Mendengar

jadual waktu ujian mendengar PT3 2020


⦿ Ujian Bertulis

jadual PT3 2020 bertulis

Sila klik pautan yang berkenaan di bawah untuk download fail pdf jadual waktu penuh PT3 2020.

Untuk menjawab kertas-kertas soalan trial, sila layari Koleksi Soalan Percubaan PT3.

Semoga maklumat Jadual Peperiksaan Pusat PT3 2020 (Pentaksiran Tingkatan 3) ini berguna buat para pelajar tingkatan tiga dalam membuat persediaan untuk menghadapi membuat tugasan dan menjawab soalan peperiksaan PT3 nanti.

Semoga anda mendapat keputusan peperiksaan PT3 yang cemerlang.

Baca juga: