Semakan Tawaran PISMP IPG 2019

Semakan Keputusan Tawaran PISMP IPG 2019 Online. Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (Maktab Perguruan) untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian ambilan 2019 bagi calon guru lepasan SPM, calon laluan khas lepasan Unified Examination Certificate (UEC), Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Menengah Ugama (SMU), serta calon laluan khas murid berkeperluan khas (MBK).


Semakan Keputusan Permohonan PISMP ke IPG

Berikut adalah maklumat serta tarikh-tarikh penting berkaitan semakan keputusan bagi permohonan PISMP ambilan 2019.


◙ Semakan Panggilan Menduduki UKCG

Semakan secara online calon berjaya ke Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) bagi PISMP boleh dibuat mulai 2 April 2019 jam 6:00 petang sehingga 8 April 2019 di pautan berikut:

https://pismp.moe.gov.my/

Pemohon dikehendaki membawa bersama borang panggilan UKCG semasa menghadiri ujian.

Ujian Kelayakan Calon Guru terdiri daripada 3 sesi - sesi ujian bertulis, sesi ujian kecergasan fizikal dan sesi ujian amali. UKCG akan diadakan pada 7 hingga 10 April 2019.


◙ Semakan Panggilan Temuduga PISMP 2019

Semakan nama calon berjaya untuk temuduga boleh dibuat secara online mulai 16 April sehingga 24 April 2019 di pautan berikut:

https://pismp.moe.gov.my/

Pemohon yang berjaya dikehendaki membawa bersama cetakan Surat Panggilan Temu Duga dan Borang Butiran Diri, serta Sijil Akademik / Kokurikulum semasa menghadiri temuduga.

Temuduga akan dilaksanakan pada 22 hingga 30 April 2019.


◙ Semakan Tawaran IPG Untuk PISMP 2019

Semakan nama calon berjaya ditawarkan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG Kementerian Pendidikan Malaysia bagi ambilan Jun 2019 boleh dibuat secara online bermula 27 Mei sehingga 17 Jun 2019 di pautan berikut:

https://pismp.moe.gov.my/

Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak surat tawaran sementara dan membawanya bersama semasa melapor diri di IPG yang ditetapkan. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas pendaftaran.

Tarikh lapor diri ialah 17 Jun 2019.

permohonan semakan ipg pismp

Sila layari laman web KPM (www.moe.gov.my) untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan.

Hubungi alamat atau nombor telefon berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:

Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 - 3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya, Selangor
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6693/ 6689/ 6627/ 6720/ 6733/ 6730/ 6731/ 6758/ 6760/ 6768/ 6769

Semoga maklumat permohonan program perguruan ini berguna buat lepasan SPM yang bercita-cita menjadi cikgu.