Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2019/2020

|  8 comments

Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM sesi 2019/2020 untuk calon lepasan SPM 2018. Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan ke Program Matrikulasi KPM bermula 25 Februari 2019 hingga 2 April 2019.


Cara Memohon Matrikulasi KPM

Pemohon boleh membeli Nombor Pin (NPI) lima digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 25 Februari 2019 hingga 2 April 2019. Nombor pin boleh dibeli dengan harga RM10.00 dengan menggunakan nombor Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan SPM tahun 2018.

Permohonan matrikulasi mesti dibuat secara online melalui Aplikasi Permohonan Melalui Internet Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut:

https://matrikulasi.moe.gov.my/system/permohonan/

Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon hendaklah membaca dulu Manual Permohonan Melalui Internet (PMI), Syarat Program Dan Kelayakan Minimum dan Panduan Mengisi Borang dengan mengklik pautan-pautan berkenaan pada sidebar di sebelah kiri laman.

permohonan matrikulasi 2019 2020

Setelah betul-betul faham, sila klik Borang Permohonan Melalui Internet (PMI)untuk memohon.


Kemaskini dan Semak Permohonan Matrikulasi

Pemohon dibenarkan mengemaskini maklumat permohonan tidak melebihi 3 kali.

Sila buat semakan permohonan untuk memastikan samada maklumat permohonan telah disimpan atau tidak.


Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi

Keputusan ke Program Matrikulasi KPM akan dikeluarkan melalui laman sesawang berkenaan. Pemohon tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM ke Bahagian Matrikulasi KPM kerana keputusan SPM calon yang berjaya akan diperolehi terus dari Lembaga Peperiksaan, KPM sejurus selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi.

Semakan keputusan permohonan matrikulasi untuk mengetahui status permohonan samada berjaya atau tidak, dijangka boleh dibuat secara online mulai pada bulan April 2019.

Sebarang soalan dan masalah boleh diajukan kepada Bahagian Matrikulasi (BMKPM) melalui nombor telefon 03-88844083.

8 comments

Syascar Potter

Syascar Potter

11 Oktober, 2015 15:48
Kenapa hari ini saya cuba daftar masuk matrikulasi tidak dapat? Katanya server error begitu. Tarikh tutupnya 30 november kan
Ilham

Ilham

14 Oktober, 2015 16:23
Hari ini saya cuba untuk memohon untuk masuk matrikulasi tetapi laman web itu mempunyai server error. Adakah tarikh tutup 30 November atau adakah ia sudah ditutup? Jika ia ditutup , ada juga saya masih boleh memohon untuk masuk matrikulasi?
nvd

nvd

16 Oktober, 2015 22:44
@Balasan Masih boleh daftar.. Saya baru selesai daftar.. Mungkin hari itu masa anda cuba server error sebab overload semua orang rushing nak daftar.. Cuba lagi sekali.. Tarikh tutup memang 30 hb nov.
nvd

nvd

16 Oktober, 2015 22:45
@Balasan Masih boleh daftar.. Saya baru selesai daftar.. Mungkin hari itu masa anda cuba server error sebab overload semua orang rushing nak daftar.. Cuba lagi sekali.. Tarikh tutup memang 30 hb nov.
agnes

agnes

19 Oktober, 2015 12:34
sy nak update pengakuan kerana lupa klik " bumiputera" selepas key ini kali kedua. line slow kan. so na kemaskini tu dia minta no ic dan angka gil spm, mcmna tu? mana nak kemaskini??
darkshadow_

darkshadow_

09 Julai, 2016 15:14
salam,kenapa ya permohonan saya untuk sesi 2016/2017 dan bukan untuk sesi 2017/2018? untuk makluman, saya beli no pin matrik di mesin atm bsn dengan kategori lepasan spm. apa yang perlu saya lakukan?
darkshadow_

darkshadow_

09 Julai, 2016 15:14
salam,kenapa ya permohonan saya untuk sesi 2016/2017 dan bukan untuk sesi 2017/2018? untuk makluman, saya beli no pin matrik di mesin atm bsn dengan kategori lepasan spm. apa yang perlu saya lakukan?
cindy kam

cindy kam

10 Julai, 2016 16:47
@Balasan hi, ingin bertanya anda lepasan spm 2015 ke? ini kali ke-2 permohanan matrikulasi?
Ulasan ditutup