Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2019

|  0 comments

Tema Umum Sejarah Kertas 3 Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Jun 2019. Berikut adalah tajuk atau tema umum soalan bagi mata pelajaran Sejarah Kertas 3 (1249/3) untuk untuk calon persendirian bagi peperiksaan SPMU 2019 sepertimana yang diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.


Tema Umum Kertas 3 Sejarah SPMU Tahun 2019

Tema Umum: Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara dan setiap Raja yang bersemayam juga diamanahkan beberapa kedudukan dan peranan yang membolehkan baginda bertindak menurut budi bicara berdasarkan Perlembagaan.

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU Jun 2019

Tema Umum Sejarah Kertas 3 yang diberi adalah untuk membolehkan calon membuat persediaan untuk menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik yang hanya akan diketahui pada hari peperiksaan nanti.

Calon hendaklah membuat persediaan awal untuk berbincang dan mengumpul maklumat berkaitan tema umum daripada pelbagai sumber.

Sejarah Kertas 3 SPM adalah open book test, jadi semua dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis, bahan fotostat dan bahan bercetak boleh dibawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan. Walaubagaimanapun alat atau peranti elektronik tidak dibenarkan sama sekali.

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2019 boleh di muat turun di sini.

Ulasan ditutup