Niat Puasa 9 Muharram (hari Tasu'a) dan 10 Muharram (hari 'Asyura)

Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam Kalendar Islam/Hijrah. Ia merupakan salah satu daripada empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) atau bulan yang dimuliakan Allah.

Antara amalan yang dianjurkan di bulan Muharram ialah berpuasa sunat pada hari yang kesembilan (hari Tasu'a) dan hari yang kesepuluh (hari 'Asyura). Berikut adalah lafaz niat puasa sunat Hari Tasu'a dan Hari 'Asyura.

Niat Puasa Hari Tasu'a 9 Muharram

Lafaz niat dalam Bahasa Arab:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ سُنَّةِ التَاسُوْعَاء لِلَّهِ تَعَالَى

Maksud:

Sahaja aku puasa sunat Tasu'a esok hari kerana Allah Ta'ala

Niat Puasa Hari 'Asyura 10 Muharram

Lafaz niat dalam Bahasa Arab:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ سُنَّةِ عَاشُوْرَاء لِلَّهِ تَعَالَى

Maksud:

Sahaja aku puasa sunat 'Asyura esok hari kerana Allah Ta'ala

Sila rujuk Kalendar Islam 2023 untuk menyemak tarikh bila jatuhnya Hari Tasu'a dan Hari Asyura.

Bagi puasa sunat, niat puasa tidak semestinya dilakukan pada waktu malam. Boleh juga berniat pada waktu siang hari asalkan sebelum tergelincir matahari dan selagi belum melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa seperti makan, minum, bersetubuh dan sebagainya pada hari tersebut.

Sekiranya berniat pada siang hari, maka niat puasa Tasu'a adalah:

Sahaja aku puasa sunat Tasu'a hari ini kerana Allah Ta'ala

Dan niat puasa 'Asyura pula adalah:

Sahaja aku puasa sunat 'Asyura hari ini kerana Allah Ta'ala

Semoga info mengenai lafaz niat puasa sunat Hari Tasu'a dan Hari 'Asyura ini berguna buat pembaca Muslim. Salam Maal Hijrah