Semakan Keputusan Matrikulasi 2018/2019

|  0 comments

Semakan keputusan permohonan ke Matrikulasi 2018/2019 online. Keputusan calon yang berjaya mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM sesi 2018/2019 akan diumumkan pada 24 April 2018.

Pelajar-pelajar lepasan SPM 2017 yang telah mengemukakan permohonan matrikulasi boleh membuat semakan tawaran kemasukan ke kolej matrikulasi secara online dan SMS.


Tarikh Semakan Matrikulasi 2018

Semakan boleh dibuat mulai pukul 12:00 tengahari 24 April 2018.


Semakan Tawaran Matrikulasi Secara Online

Semakan atas talian boleh dibuat melalui laman Aplikasi Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi yang disediakan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM), di pautan berikut:

https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/index.cfm


Semakan Tawaran Matrikulasi Melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk semakan tawaran ke program Matrikulasi KPM ambilan 2018 adalah seperti berikut:

semakan keputusan permohonan matrikulasi 2018 2019

Klik paga gambar untuk paparan lebih besar dan jelas

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan permohonan Matrikulasi KPM melalui perkhidmatan mySMS:

  1. Taipkan:

    MOE<jarak>MAT<jarak>[No Kad Pengenalan]

    Contoh: MOE  MAT  990325035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM sesi akademik 2018/2019, mereka perlu melakukan PraPendaftaran Secara Online terlebih dahulu, sebelum mendaftar di kolej matrikulasi masing-masing pada tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran.


Rayuan Program Matrikulasi

Bagi calon yang tidak berjaya, permohonan rayuan boleh terus dikemukakan secara online melalui laman web http://www.moe.gov.my bermula pada hari yang sama keputusan permohonan matrikulasi diumumkan.

Sila hubungi Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-88844036 / 4040 / 4083 pada hari bekerja dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang untuk sebarang pertanyaan.

Semoga berjaya dan good luck!

Ulasan ditutup