Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2019

Tarikh dan jadual waktu peperiksaan UPSR 2019. Jadual waktu peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk pelajar Tahun 6 2019 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tarikh peperiksaan bertulis UPSR 2019 akan berlangsung ialah selama lima hari iaitu pada 4, 5, 10, 11 dan 12 September 2019.

Calon hendaklah berada di tempat duduk masing-masing di dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.


Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2019

Berikut adalah jadual peperiksaan bertulis UPSR 2019 untuk calon biasa. Jadual ini memaparkan tarikh peperiksaan, waktu peperiksaan, nama kertas, kod kertas, masa yang diperuntukkan dan jenis kertas.

Sila klik pada gambar untuk paparan jadual UPSR yang lebih besar/jelas.

  • Jadual UPSR 4 & 5 September 2019

    jadual UPSR 2019 date 1

  • Jadual UPSR 10 & 11 September 2019

    jadual UPSR 2019 date 2

  • Jadual UPSR 12 September 2019

    jadual UPSR 2019 date 3

Sila klik pautan yang berkenaan di bawah untuk download fail pdf jadual waktu penuh UPSR 2019. Selain jadual peperiksaan, dokumen ini juga mengandungi perincian mengenai arahan, amaran, larangan dan peringatan kepada calon UPSR.


Amaran Peperiksaan/Pentaksiran

Calon yang menduduki peperiksaan di bilik/dewan peperiksaan dilarang:

  1. Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
  2. Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
  3. Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
  4. Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
  5. Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
  6. Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
  7. Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
  8. Membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan berlangsung.
  9. Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.

Semoga jadual di atas berguna untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Kerapkan ulangkaji dan tingkatkan persediaan dengan menjawab soalan-soalan percubaan UPSR dan soalan sebenar UPSR tahun-tahun lepas.