Semakan Keputusan MUET Sesi 1 2019 Online Dan SMS

Semakan keputusan MUET / MUET result untuk Sesi 1 2019 secara online dan SMS. Tarikh pemgumuman keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) untuk sesi 1 2019 ialah 15 Mei 2019. Semakan keputusan ujian MUET boleh dibuat secara online atau melalui SMS mulai tarikh tersebut.


Semak Keputusan Ujian MUET Secara Online

Semakan online serta cetakan boleh dibuat menerusi aplikasi atas talian Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), di pautan berikut:

http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_result/


Semak Keputusan MUET Melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk semakan result MUET sesi 1 2019 akan diaktifkan bermula jam 10:00 pagi 15 Mei 2019.

semakan keputusan MUET sesi 1 2019

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan ujian MUET melalui SMS:

  1. Taipkan:

    MUET<jarak>RESULT<jarak>[No Kad Pengenalan]

    Contoh: MUET  RESULT  950325035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.


Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Ujian MUET

Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan.

  • Rayuan boleh dibuat secara secara online di laman semakan semula MUET (MUET SS) di pautan http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/.
  • Yuran bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00. Calon boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional. Calon juga boleh membuat pembayaran secara online iaitu melalui FPX (dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00) atau melalui Kad Kredit/Kad Debit (dikenakan caj tambahan RM2.50).
  • Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi.
  • Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di laman MUET SS selepas 18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja). MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.

Semoga info mengenai semakan keputusan MUET sesi 1 2019 secara online dan SMS ini memberi manfaat buat pembaca khususnya calon-calon ujian MUET.