Semakan e-Penyata Gaji (Slip Gaji Online)

|  4 comments

Semakan penyata gaji secara online. e-Penyata Gaji atau e-Gaji adalah satu sistem yang membolehkan penjawat awam membuat semakan gaji secara online. Perkhidmatan atas talian e Penyata Gaji ini disediakan secara percuma oleh Jabatan Akuantan Negara Malaysia (ANM) di portal anm.gov.my.

Dengan sistem e-Penyata Gaji, penyata dan slip gaji bulanan kakitangan kerajaan boleh diakses dengan menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar pada bila-bila masa. Kaedah semakan online ini amat mudah dan cepat berbanding kaedah lama iaitu slip gaji cetakan kertas (hardcopy), yang perlu diagih secara manual sebulan sekali.

Biasanya slip gaji terbaharu boleh mula disemak sehari sebelum tarikh pembayaran gaji kakitangan awam.


Cara menyemak Penyata / Slip Gaji Secara Online

  1. Sila layari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), di pautan berikut:

    http://www.anm.gov.my/

    epenyata slip gaji bulan januari februari mac april mei jun julai ogos september oktober november disember 2018

  2. Klik pada ikon atau pautan "SISTEM e-PENYATA GAJI DAN LAPORAN", dan anda akan dibawa ke halaman daftar masuk. semak check e penyata gaji ANM egaji
  3. Mendaftar untuk pengguna baharu

    Bagi pengguna baru, anda hendaklah mendaftar dulu melalui pautan "Pertama Kali Mendaftar".

  4. Menyemak slip gaji

    Setelah selesai mendaftar anda bolehlah log in dengan mengisi maklumat-maklumat yang diminta seperti No. Kad Pengenalan / No. Pasport, No. Gaji, Kata Laluan dan Soalan Keselamatan.

Selain penyata gaji bulanan, Sistem ePenyata Gaji dan Laporan juga menyediakan laporan pendapatan tahunan. Penyata gaji dan laporan pendapatan tahunan boleh diakses, dicetak atau download pada bila-bila masa, untuk tujuan pinjaman bank, pengiraan cukai pendapatan atau untuk sebarang urusan.

Walau bagaimanapun sistem ini hanya menyimpan maklumat Penyata Gaji Bulanan bagi tempoh 18 bulan dan Penyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun terkini sahaja. Kakitangan awam yang mahu menyimpan laporan-laporan yang terdahulu hendaklah memuat turun laporan tersebut sebelum ia dikeluarkan dari sistem.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan anda boleh hubungi JANM melalui email di alamat maklumbalas@anm.gov.my ataupun dengan menelefon 03-88821000.

ps. Bila dapat gaji tu bolehlah check saman trafik dan jelaskan mana-mana saman yang tertunggak.

4 comments

eyriqazz

eyriqazz

26 Mei, 2013 13:07
Selalu check gaji isteri guna penyata ni..hik3
TR

TR

27 Mei, 2013 03:01
@Balasan Saya pun sama, tapi sekarang dah pandai check sendiri
Tanpa Nama

Tanpa Nama

29 Mei, 2013 09:56
no gaji mcm mana ?
Tanpa Nama

Tanpa Nama

04 Jun, 2013 09:11
tergendala x abih2...tension betul penyata gaji online nie....
Ulasan ditutup