Permohonan UPUOnline Ke UA, Politeknik, KK & ILKA 2022/2023

Tarikh dan cara permohonan UPU Online 2022/2023. Permohonan UPUOnline untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Dikongsikan maklumat terkini permohonan kemasukan UPU secara online untuk ambilan sesi akademik 2022/2023 ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA untuk panduan para pembaca.

Untuk timeline permohonan UPU, sila layari Tarikh-tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2022/2023.

Siapa Yang Layak Memohon UPUOnline

Berikut disenaraikan kategori program pengajian yang ditawarkan dan calon yang layak memohon berdasarkan kelulusan mereka.

a. Lepasan SPM

Semua calon yang berkelulusan SPM tahun 2019, 2020 dan 2021 adalah layak untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke:

  • Program Asasi di Universiti Awam (UA)
  • Program Diploma di UA, Politeknik & ILKA
  • Program Sijil di Kolej Komuniti & ILKA
  • Program Ijazah Sarjana Muda di UiTM
b. Lepasan STPM/Setaraf

Semua calon yang berkelulusan:

  • STPM 2021
  • STAM 2020 & 2021
  • Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi Pintar UKM / Asasi UiTM Sesi Akademik 2021/2022
  • Diploma/Setaraf:
    • Diploma UA/Politeknik
    • DKM / DLKM / DVM / Diploma IPTS / Diploma Luar Negara / Lain-lain Diploma
    • Kelayakan setaraf seperti A-Level / IBD / AUSMAT / SAM / CPU / Sekolah Sukan
    • STPM, STPM / Matrikulasi KPM / Asasi dan STAM (bukan tahun semasa)

adalah layak untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke:

  • Program Ijazah Sarjana Muda di UA

permohonan UA, politeknik, kolej komuniti, ILKA UPUOnline 2022 2023

Klik pada gambar untuk paparan besar dan jelas

Cara Memohon ke UA, IPG, Matrikulasi, IPTA dan ILKA Menerusi UPUOnline

Permohonan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA hanya boleh di buat secara atas talian melalui UPUOnline. Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan.

  1. Beli nombor Unik ID (nombor Pin UPU) di Bank Simpanan Nasional (BSN). Pembelian boleh dilakukan di kaunter ataupun sekiranya pemohon / ibubapa memiliki akaun Giro BSN, pembelian boleh juga dilakukan di mesin ATM dan perbankan internet BSN.

    Dengan mengambil kira pandemik covid-19 yang masih belum tamat, Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline / Unik ID kepada semua pemohon.

  2. Isi borang permohonan UPU secara online melalui laman web melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) di portal rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi:

    http://upu.mohe.gov.my

    Sekiranya anda belum mendaftar, sila lakukan Daftar Kali Pertama terlebih dahulu.

    • Bagi yang telah mendaftar, sila login dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah anda daftarkan untuk mengakses borang permohonan online.
    • Setelah siap mengisi dan menghantar borang permohonan UPUOnline, sila cetak slip permohonan dan simpan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  3. Pemohon lepasan SPM/STPM/Matrikulasi/Asasi/STAM boleh membuat pemilihan program pengajian selepas lima hari keputusan SPM/STPM diumumkan.

Tempoh Permohonan UPU Sesi 2022/2023

Tarikh permohonan UPUOnline dibuka ialah mulai 4 Februari 2022 jam 12:00 tengahari.

Manakala tarikh tutup permohonan UPUOnline ialah 31 Mac 2022 jam 5:00 petang.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat terkini berkaitan permohonan dan kemasukan ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA, sila hubungi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM melalui laman sosial Facebook Kemasukan BPKP JPT, Instagram '@KEMASUKANBPKP' dan laman web UPU di pautan http://upu.mohe.gov.my.

BPKP JPT juga boleh dihubungi di talian helpline UPU 03-88708200 pada hari bekerja bermula dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang atau melalui e-mel di upu@moe.gov.my.

Diharap perkongsian info mengenai permohonan UPUOnline untuk kemasukan Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi, Politeknik dan Institut Latihan Kemahiran Awam sesi 2022/2023 ini berguna buat para pelajar yang berhajat untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi tempatan.

Untuk ranking universiti tempatan, sila rujuk Ranking Universiti di Malaysia.

Baca juga: