Tarikh Dan Lokasi Program Jom Masuk IPT 2022

Tarikh dan lokasi Program Jom Masuk IPT 2022 Fasa 1 dan Fasa 2. Program Jom Masuk IPT datang lagi untuk tahun 2022. Program anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Malaysia ini menawarkan maklumat terkini dan tepat mengenai program-program yang ditawarkan di IPT Malaysia.

Inilah medan terbaik untuk semua lapisan masyarakat mendapatkan pelbagai informasi tentang peluang melanjutkan pengajian di Universiti Awam (UA), Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru (IPG), Politeknik, Kolej Komuniti & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dalam negara melalui sesi konsultasi bersama BKPP JPT serta pempamer yang mengambil bahagian.

Para pelajar lepasan SPM digalakkan hadir untuk mendapatkan maklumat berkenaan program pengajian, peluang penajaan serta khidmat nasihat sebelum memohon untuk memasuki UA, Politeknik, Kolej Komuniti atau ILKA.

Berikut adalah kalendar atau jadual Program Jom Masuk IPT 2022 yang menyatakan tarikh serta lokasi program ini diadakan.

Perincian Program Jom Masuk IPT 2022

Kalendar Jom Masuk IPT 2022 Fasa 1

Jom Masuk IPT 2022 Fasa 1 melibatkan 4 zon di bahagian utara dan tengah Semenanjung Malaysia, dan Sarawak. Program ini akan berlangsung dari 5 hingga 27 Februari 2022.

Program Jom Masuk IPT 2022

ZON / NEGERI TARIKH LOKASI / VENUE
Zon 1 Utara, Pulau Pinang 5 & 6 Feb 2022 Dewan Besar UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh
Zon 2 Utara, Perak 12 & 13 Feb 2022 Dewan Tuanku Canselor UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim
Zon 3 Sarawak, Kuching 19 & 20 Feb 2022 Borneo Convention Centre Kuching (BCCK)
Zon 4 Tengah, Negeri Sembilan 26 & 27 Feb 2022 Dewan Tuanku Canselor USIM, Kampus Nilai

Kalendar Jom Masuk IPT 2022 Fasa 2

Jom Masuk IPT 2022 Fasa 2 melibatkan 4 zon di bahagian timur dan selatan Semenanjung Malaysia, dan Sabah. Program ini akan berlangsung dari 4 hingga 25 Jun 2022.

Program Jom Masuk IPT 2022 fasa 2

ZON / NEGERI TARIKH LOKASI / VENUE
Zon 5 Sabah, Kota Kinabalu 4 & 5 Jun 2022 Sabah International Convention Centre (SICC)
Zon 6 Timur, Kelantan 11 & 12 Jun 2022 Dewan Tuanku Canselor UMK, Bachok
Zon 7 Timur, Terengganu 17 & 18 Jun 2022 Dewan Al Muktafi Billah Shah, UniSZa Kampus Gong Badak
Zon 8 Selatan, Johor 24 & 25 Jun 2022 Dewan Sultan Ibrahim, UTHM Kampus Parit Raja

Untuk pertanyaan maklumat yang lebih lanjut dan khidmat nasihat, sila hubungi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKP JPT) yang dahulunya dikenali dengan nama UPU di nombor telefon hotline 03-8870 8200/6767 atau layari layari Facebook page rasmi Kemasukan BPKP JPT - FB rasmi UPU.