Permohonan IPG 2020 (PISMP) Online

Permohonan PISMP di Institut Pendidikan Guru (IPG). Permohonan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2020 di IPG untuk calon lepasan SPM.

Institut Pendidikan Guru (IPG) merupakan Maktab Perguruan telah dinaik taraf. IPG menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan kepada para lulusan, berbanding Maktab Perguruan yang hanya menganugerahkan Sijil dan Diploma.

Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai permohonan ke IPG untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ambilan tahun 2020.

Tarikh Permohonan PISMP IPG 2020

Permohonan PISMP akan dibuka mulai 24 Februari 2020 sehingga 31 Mac 2020 jam 11:59 malam.

permohonan pismp institut pendidikan guru ipg 2020

Syarat Permohonan PISMP 2020

Syarat-syarat dan kelayakan asas untuk memohon mengikuti PISMP adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak lebih 20 tahun pada 30 Jun 2020.
  • Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mendapat gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

Tempoh Pengajian PISMP

Tempoh keseluruhan pengajian PISMP di IPG ialah lima tahun (1+4):

  • Calon yang berjaya terpilih akan menjalani Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) yang memakan masa 12 bulan (tiga semester).
  • Calon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang memakan masa empat tahun (12 semester).

Cara Memohon PISMP Di IPG

Permohonan kemasukan ke IPG boleh dibuat melalui UPUOnline.

Calon dibenarkan mengemukakan 4 pilihan permohonan iaitu pilihan 1-4 bagi permohonan bidang perguruan.

Permohonan calon akan ditapis berdasarkan kelayakan dan kriteria yang ditetapkan. Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan diperaku temu duga.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Kemasukan ke Institut Pendidikan Guru 2020 seperti panduan permohonan online, maklumat mengenai syarat kelayakan/kemasukan, tempoh program, bidang yang ditawarkan serta syarat khusus bidang pengajian, sila baca panduan ini.

Sila layari laman web UPU (https://upu.moe.gov.my) untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan.

Hubungi alamat atau nombor telefon berikut untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:

Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 - 3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya, Selangor
(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6666

Diharap maklumat permohonan program perguruan di IPG KPM ini bermanfaat buat adik-adik lepasan SPM yang bercita-cita menjadi guru.