Tarikh-tarikh Penting Permohonan PISMP IPG 2018

Berikut adalah kalendar aktiviti bagi permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2018. Ia mengandungi tarikh-tarikh penting berkaitan permohonan mengikuti PISMP di Institut Pendidikan Guru (IPG), seperti tarikh permohonan dibuka dan ditutup, tarikh semakan UKCG, tarikh panggilan temuduga dan juga tarikh semakan tawaran.

Kepada calon-calon yang ingin atau telah mengemukakan permohonan PISMP IPG, anda dinasihatkan supaya peka dengan tarikh-tarikh ini supaya dapat bertindak seperti sepatutnya dalam julat masa yang ditetapkan. Kalendar ini tertakluk kepada perubahan semasa.


Kalendar Aktiviti Permohonan PISMP IPG 2018

Bil Aktiviti Tarikh
1 Permohonan PISMP IPG 2018 secara online dibuka

13 Mac 2018

hingga

28 Mac 2018

2

Permohonan ditutup (pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup)

28 Mac 2018
(11:59 pm)

3

Semak nama calon berjaya untuk menduduki UKCG

09 Apr 2018
hingga
17 Apr 2018

4

Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

akan dikemaskini
5

Semakan nama calon berjaya ditemuduga secara dalam talian

(Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri di laman sesawang KPM)

09 Mei 2018
hingga
15 Mei 2018

6

Temu Duga

(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akademik / Kokurikulum)

13 Mei 2018
hingga
18 Mei 2018

7

Semakan tawaran calon berjaya.

  • Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM.
  • Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri.

13 Jun 2018
(01:00 am)
hingga
24 Jun 2018
(11:59 pm)

8

Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru

(Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Mengikuti Pengajian di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran)

26 Jun 2018

kalendar aktiviti tarikh penting permohonan IPG

Calon dinasihatkan supaya menyemak status permohonan dari semasa ke semasa dalam laman sesawang KPM di alamat www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan IPG.

Semoga maklumat tarikh-tarikh penting permohonan PISMP ambilan 2018 ini bermanfaat buat semua pembaca, khususnya adik-adik yang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Guru. Pastikan anda tidak terlepas tarikh-tarikh penting ini.