Semakan Keputusan SPM 2018 Online Dan SMS

Tarikh keputusan SPM 2018 diumumkan dan cara semak keputusan SPM. Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2018 akan diumumkan keluar pada 14 Mac 2019. Ringkasan keputusan peperiksaan SPM boleh disemak secara online dan melalui SMS.

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan penuh SPM daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada tarikh tersebut. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan dahulu.

Keputusan SPM yang bagus akan membolehkan pelajar memohon untuk ke UA/IPTA atau IPG bagi mereka yang berminat untuk menjadi guru.


Semakan Keputusan SPM 2018 Online

Semakan ringkasan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara online boleh dibuat melalui laman sistem aplikasi Semakan Keputusan Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut:

http://sppat.moe.gov.my/semakan/

semakan keputusan SPM 2018


Semakan Keputusan SPM 2018 melalui SMS

Keputusan juga boleh disemak menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2018 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi, 14 Mac 2019 dan akan berakhir pada 6.00 petang 20 Mac 2019.

Berikut adalah cara menyemak keputusan peperiksaan SPM melalui SMS:

semakan keputusan SPM 2018 melalui SMS

  1. Taipkan:

    SPM<jarak>[No. KP]<jarak>[Angka Giliran]

    Contoh: SPM  991114035243  WY189A456

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Semoga anda mendapat result SPM 2018 yang cemerlang. Good luck!

Bagi calon SPM 2018 yang ingin mengambil SPM Ulangan 2019 atau SPM sebagai calon persendirian tahun 2019, pendaftaran akan dibuka mulai 14 Mac hingga 31 Mac 2019. Pendaftaran boleh dibuat secara online di laman web LP di alamat sppat.moe.gov.my. Urusan pengesahan pendaftaran dan pembayaran hendaklah dibuat melalui Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon ingin menduduki peperiksaan.

Baca juga: