Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2020 (QS Ranking)

Ranking IPTS dan IPTA/UA di Malaysia 2020. Berikut adalah ranking universiti terbaik Malaysia 2020 berdasarkan penilaian oleh QS World University Rankings 2020.

Penilaian dibuat dengan membandingkan universiti-universiti dalam empat aspek utama yang penting buat bakal pelajar iaitu penyelidikan, pengajaran, kebolehpasaran graduan dan pengantarabangsaan (internationalization). Kriteria lain yang diambil kira ialah fasiliti, pembelajaran jarah jauh / online, tanggungjawab sosial, inovasi, seni & budaya dan kepakaran.

Permohonan ke universiti awam boleh di buat melalui portal rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), Jabatan Pendidikan Tinggi.


Senarai Universiti Terbaik Malaysia

Jadual di bawah menyenaraikan top 20 universiti awam (UA) dan swasta terbaik Malaysia berdasarkan kedudukan atau ranking terbaharu dunia. Disertakan juga ranking Asia 2019 bagi universiti-universiti yag tersenarai.

ranking terbaru top universiti terbaik malaysia

Untuk ranking tahun 2020, Universiti Malaya kekal berada di tangga teratas / nombor satu di Malaysia, meningkat kepada kedudukan ke 70 dunia dari kedudukan 87 pada tahun 2019.

Rank Malaysia (2020) Rank Dunia (2020) Rank Asia (2019) Nama Universiti
1 70 19 Universiti Malaya (UM)
2 159 34 Universiti Putra Malaysia (UPM)
3 160 41 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4 165 43 Universiti Sains Malaysia (USM)
5 217 47 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6 442 178 UCSI University
7 482 99 Universiti Teknologi Petronas (UTP)
8 511-520 135 Taylor's University
9 541-550 271-280 Management and Science University (MSU)
10 591-600 128 Universiti Utara Malaysia (UUM)
11 651-700 143 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
12 651-700 137 Universiti Teknologi MARA - UiTM
13 701-750 201 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
14 751-800 232 Sunway University
15 751-800 188 Universiti Malaysia Pahang (UMP)
16 801-1000 175 Multimedia University (MMU)
17 801-1000 236 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
18 801-1000 234 Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
19 801-1000 188 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
20 801-1000 206 University Malaysia Sabah (UMS)

Sumber: topuniversities.com

Semoga ranking universiti Malaysia 2020 oleh Quacquarelli Symonds (QS) di atas berguna sebagai salah satu panduan dalam menilai universiti terbaik bagi bidang pilihan anda. Dan jangan lupa untuk memastikan kursus yang anda pilih diiktiraf oleh JPA / MQA.