Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)

Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM250 billion untuk Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat (PRIHATIN) 2020. Pakej rangsangan ini mempunyai tiga matlamat iaitu melindungi kebajikan rakyat (RM128 bilion), menyokong perniagaan (RM100 bilion) dan memperkukuh ekonomi negara (RM2 bilion).

Berikut kami kongsikan intipati pakej rangsangan ekonomi ini yang menjanjikan manfaat kepada semua rakyat dengan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung akibat wabak COVID-19.

Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) 2020

INTIPATI PAKEJ PRIHATIN

Matlamat Pertama: LINDUNGI RAKYAT

  1. Tambahan RM1 BILION kepada Kementerian Kesihatan untuk pembelian peralatan dan perkhidmatan memerangi Covid-19
  2. Tanggungan kos ujian sehingga RM300 bagi pemegang polisi & sijil takaful perubatan
  3. Penangguhan pembayaran premium atau sumbangan ditawarkan oleh syarikat insurans & takaful keluarga yang terjejas untuk 3 BULAN
  4. Elaun khas RM600 SEBULAN kepada doktor dan kakitangan perubatan mulai 1 April 2020
  5. Elaun Khas RM200 SEBULAN kepada tentera, polis, kastam, pertahanan awam, RELA yang terlibat mulai 1 April 2020
  6. Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,600 kepada isi rumah berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan
  7. Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,000 kepada isi rumah yang berpendapatan RM4,001 hingga RM8,000
  8. Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM800 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan
  9. Bantuan Prihatin Tunai sebanyak RM250 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000 sebulan
  10. Baki bawah Bantuan Sara Hidup dibayar pada JULAI 2020
  11. Bantuan RM200 seorang kepada pelajar pengajian tinggi
  12. RM25 JUTA untuk bantuan makan, penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk rumah perlindungan, pusat bantuan dan gelandangan melalui kerjasama NGO & Usahawan Sosial
  13. Penangguhan bayaran balik pinjaman selama 6 BULAN untuk peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
  14. Bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 SEHARI bawah Skim mySalam untuk golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUl)
  15. Pengeluaran dari Akaun B sehingga RM1,500 dari setiap penyedia Skim Persaraan Swasta tanpa penalti cukai dari April hingga Disember 2020
  16. Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR dan Perumahan Awam selama 6 BULAN
  17. Penangguhan pembayaran bulanan bagi unit-unit sewa untuk milik (RTO) selama 6 BULAN
  18. Pengecualian sewa bagi semua premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain selama 6 BULAN
  19. Diskaun bil elektrik berperingkat antara 15% HINGGA 50% selama 6 BULAN mulai April 2020
  20. INTERNET PERCUMA kepada semua pelanggan perkhidmatan telekomunikasi bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP
  21. Pelaburan RM400 JUTA untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian telekomunikasi
  22. Bantuan RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam termasuk mereka yang bekerja secara kontrak untuk Gred 56 ke bawah pada April 2020
  23. RM1 BILION bagi tujuan Dana Jaminan Makanan
  24. RM100 JUTA bagi menyediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman
  25. Dana khas RM100,000–RM200,000 untuk setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Pertubuhan Nelayan Kawasan (PNK)
  26. Subsidi upah sebanyak RM600 sebulan selama 3 BULAN untuk pekerja berpendapatan bawah RM4,000 dan majikan dengan penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Jan 2020. Majikan juga perlu menjamin tiada pemberhentian tenaga kerja bagi tempoh 3 bulan selepas program ini.
  27. Bantuan sebanyak RM500 kepada pemandu E-hailing
  28. PENANGGUNGAN KOS GAJI dan lanjutan kontrak selama sebulan bagi kontraktor yang ada kontrak perkhidmatan seperti kebersihan dan bekalan makanan dengan agensi kerajaan

Matlamat Kedua: SOKONG PERNIAGAAN

  1. Tambahan RM3 BILION kepada Tabung Bantuan Kemudahan Khas (SRF) untuk PKS dan penurunan kadar faedah kepada 3.5%
  2. Tambahan RM1 BILION bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi untuk meningkatkan akses pembiayaan kepada PKS
  3. Tambahan RM500 JUTA di bawah Skim Kredit Mikro dengan kadar faedah 2% tanpa cagaran
  4. Pembiayaan sehingga RM300,000 untuk PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada 4 tahun bawah skim BizMula-i dan BizWanita-i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC)
  5. Kemudahan jaminan bernilai RM5 BILION dan kadar jaminan sebanyak 80% bagi syarikat PKS, disediakan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP)
  6. Program Khidmat Rundingan Majikan bawah KWSP yang merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan
  7. MENGECUALIKAN pembayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi semua sektor selama 6 bulan mulai April 2020
  8. PENANGGUHAN pembayaran ansuran cukai pendapatan oleh PKS selama 3 bulan mulai 1 April 2020
  9. Pendapatan pihak bank dari FAEDAH ATAU KEUNTUNGAN ke atas pinjaman atau pembiayaan yang terlibat dengan penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan hanya dikenakan cukai apabila pendapatan tersebut diterima selepas tempoh moratorium
  10. MORATORIUM PEMBAYARAN PINJAMAN diperluas kepada TEKUN, MARA dan koperasi serta mana-mana agensi kerajaan yang memberi pinjaman kepada PKS mulai 1 April 2020
  11. Membantu USAHAWAN B40 di bawah program kewangan sosial dalam bentuk modal permulaan dengan pembiayaan mikro pada kadar berpatutan
  12. Skim jaminan berjumlah RM50 BILION dengan jaminan sehingga 80% bagi tujuan sektor korporat membiayai keperluan modal kerja

Matlamat Ketiga: PERKUKUH EKONOMI

  1. Pelaksanaan projek kecil yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi dan mengekalkan pekerjaan dengan peruntukan RM2 BILION bagi membantu kontraktor kelas G1 HINGGA G4
  2. Memastikan pelaksanaan projek yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 termasuk ECRL, MRT2 SERTA PELAN GENTIAN OPTIK DAN KESALINGHUBUNGAN NEGARA
  3. Suntikan fiskal langsung berjumlah RM25 BILION untuk mengurangkan beban rakyat dan perniagaan
  4. DUA BULAN gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong dan disalurkan ke Tabung COVID-19
  5. Semua Kementerian akan MENGKAJI BELANJAWAN untuk mencari penjimatan agar peruntukan boleh digunapakai menampung langkah menangani wabak virus ini

Semoga info mengenai intipati serta peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat (PRIHATIN) ini bermanfaat buat semua pembaca.

Sumber: FB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin [Muhyiddin Yassin]