Cara Pengeluaran KWSP i-Lestari

Kerajaan telah mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman Akaun Dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) / EPF bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat berikutan wabak COVID-19.

Semua ahli KWSP yang berusia bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Pengeluaran ini boleh dilakukan menerusi kemudahan pengeluaran i-Lestari. Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

Selain Pengeluaran i-Lestari KWSP, kerajaan juga memberi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) khas untuk golongan B40 dan M40 dalam menghadapi impak COVID-19.

Ciri-ciri Fasiliti Pengeluaran i-Lestari Akaun 2

  • Fasiliti pengeluaran dari Akaun 2 ahli.
  • Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
  • Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di atas.
  • Amaun yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan, tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.

Syarat Kelayakan Pengeluaran i-Lestari

  • Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia;
  • Berumur di bawah 55 tahun; dan
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

cara pengeluaran ilestari KWSP

Cara Pengeluaran i-Lestari

Borang permohonan Pengeluaran i-Lestari yang lengkap diisi boleh dikemukakan kepada KWSP melalui salah satu daripada tiga saluran berikut mulai 1 April 2020:

Ahli disarankan untuk membuat permohonan pengeluaran secara online kerana prosesnya lebih mudah dan cepat. Permohonan secara manual (emel dan pos) akan mengambil masa kerana proses pengesahan akan dilakukan secara manual.

Permohonan pengeluaran oleh ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui emel dan pos sahaja.

Permohonan Pengeluaran i-Lestari hanya perlu dibuat sekali sahaja dan pembayaran akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli.

Bagi permohonan pengeluaran bulan April 2020, bayaran akan mula dibuat mulai Mei 2020. Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

Ahli KWSP boleh menghubungi emel khas i-Lestari di alamat ilestari@epf.gov.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan fasiliti pengeluaran i-Lestari.

Butiran terperinci mengenai permohonan pengeluaran i-Lestari dan pembayaran akan kami kemaskini bila diumumkan KWSP.

Sumber: www.kwsp.gov.my