Tarikh Penting Permohonan UPUOnline Sesi 2023/2024

Berikut ialah kalendar aktiviti permohonan UPU bagi sesi 2023/2024. Ia menyatakan garis masa aktiviti-aktiviti penting permohonan UPU, seperti tarikh permohonan dibuka/ditutup, tarikh rayuan dibuka/ditutup, tarikh panggilan temuduga dan juga tarikh semakan tawaran.

Kepada calon-calon yang ingin memohon untuk memasuki Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. Anda hendaklah peka dengan tarikh-tarikh ini supaya anda dapat bertindak dalam julat masa yang ditetapkan.

Tarikh-tarikh Penting Permohonan UPU

Tarikh-tarikh penting permohonan UPU sesi akademik 2023/2024

Berikut dinyatakan tarikh-tarikh penting permohonan UPUOnline untuk Lepasan SPM dan juga Lepasan STPM/Setaraf bagi sesi akademik 2023/2024.

Tarikh Penting UPUOnline Lepasan SPM Sesi 2023/2024
TarikhAktiviti Penting
7 Februari - 28 Mac 2023Permohonan UPUOnline Fasa 1
15 Mei - 12 Jun 2023Permohonan UPUOnline Fasa 2
Mei - Jun 2023Proses temuduga dan/atau ujian bagi Program Pengajian Lepasan SPM
Minggu Pertama Jun 2023Fasa pengemaskinian UPUOnline Program Pengajian Lepasan SPM
Minggu Pertama Julai 2023Hebahan keputusan kemasukan Lepasan SPM ke IPTA dan ILKA, dan permohonan rayuan
Minggu Pertama Ogos 2023Hebahan keputusan rayuan kemasukan Lepasan SPM ke IPTA dan ILKA
Hebahan Keputusan Kemasukan Lepasan SPM ke IPTA dan ILKA
Tarikh Penting UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf Sesi 2023/2024
TarikhAktiviti Penting
7 Februari - 28 Mac 2023Permohonan UPUOnline Fasa 1
15 Mei - 12 Jun 2023Permohonan UPUOnline Fasa 2
Mei - Ogos 2023Proses temuduga dan/atau ujian bagi Program Pengajian Lepasan STPM
Minggu Keempat Julai 2023Fasa pengemaskinian UPUOnline Program Pengajian Lepasan STPM
Minggu Pertama September 2023Hebahan keputusan kemasukan Lepasan STPM/Setaraf ke UA, dan permohonan rayuan
Minggu Ketiga Oktober 2023Hebahan keputusan rayuan kemasukan Lepasan STPM/Setaraf ke UA

tarikh penting permohonan upu online 2023 2024

Tarikh-tarikh penting UPUOnline terkini

Untuk maklumat terkini berkaitan permohonan dan kemasukan ke UA, Politeknik dan ILKA, sila layari Facebook page rasmi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKP JPT) di sini atau laman web UPU di pautan https://upu.mohe.gov.my/ atau menelefon talian helpline UPU di 03-88708200 pada hari bekerja bermula dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang.

Semoga maklumat tarikh-tarikh penting permohonan UPUOnline bagi sesi akademik 2023/2024 ini bermanfaat buat semua pembaca, khususnya adik-adik yang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke universiti awam, politeknik, kolej komuniti atau ILKA. Pastikan anda tidak terlepas tarikh-tarikh penting ini.

Baca juga: