Semakan Keputusan UPU Sesi 2020/2021 Untuk STPM/Setaraf

Semakan keputusan permohonan UPUOnline ke UA bagi lepasan STPM/Setaraf sesi 2020/2021.

Dikongsikan maklumat mengenai semakan panggilan ujian, panggilan temuduga, dan keputusan permohonan UPUOnline untuk lepasan STPM/Setaraf bagi sesi akademik 2020/2021. Post ini akan sentiasa dikemaskini untuk berkongsi maklumat terbaharu mengenai permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) bagi lulusan STPM/Setaraf.

Sila bookmark dan share.

semakan keputusan permohonan kemasukan UPU UA IPTA

Semakan Keputusan Kemasukan Ke UA Bagi STPM/Setaraf

Semakan keputusan permohonan kemasukan pelajar ke UA untuk sesi akademik 2020/2021 bagi lepasan STPM/Setaraf. Semakan boleh dibuat secara online atau menggunakan mobile app, bermula dari tarikh seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Semakan akan dibuka bermula 18 Ogos 2020 jam 12:00 tengahari.


⦿ Semakan Keputusan Permohonan UPU Secara Online

Semakan secara online boleh dibuat melalui saluran semakan yang disenaraikan di bawah.

⦿ Semakan Keputusan UPU Menggunakan App

Semakan keputusan permohonan UPU boleh dibuat menggunakan aplikasi mobile UPUPocket. Aplikasi mudah alih ini boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store. Aplikasi ini boleh juga digunakan untuk menyemak kelayakan kemasukan, ePanduan, status permohonan UPU, keputusan permohonan dan rayuan dan juga rujukan tarikh-tarikh Penting UPU.

Cetakan Surat Tawaran

Pemohon yang berjaya hendaklah membuat pengesahan penerimaan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web Universiti Awam masing-masing. Pengesahan setuju hendaklah dibuat dalam tempoh 7 hari selepas keputusan permohonan diumumkan.

Berikut adalah senarai pautan laman web UA untuk pengesahan dan cetakan surat tawaran.

Permohonan Rayuan Kemasukan ke UA

Permohonan e-Rayuan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf sesi akademik 2020/2021 akan dibuka dibuka selama 10 hari sahaja bermula dari hari keputusan diumumkan iaitu mulai 18 Ogos 2020 jam 12 tengah hari hingga 28 Ogos 2020 jam 5 petang.

Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran sahaja yang boleh mengemukakan permohonan rayuan UPU. Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi UPU: http://upu.mohe.gov.my/.

Maklumat terkini berkaitan semakan keputusan UPUOnline ke UA boleh juga didapati melalui FB rasmi UPU - Kemasukan BPKP JPT.

Pemohon boleh menghubungi talian helpline UPU 03-8870-8200 pada hari bekerja bermula dari jam 7:30 pagi hingga 5:30 petang untuk sebarang pertanyaan.

Baca juga: