Tarikh Bayaran Pencen 2019 Pesara Kerajaan

Tarikh bayaran pencen 2019 untuk pesara kerajaan. Berikut adalah jadual bayaran pencen bagi tahun 2019 untuk rujukan pesara kerajaan sepertimana disiarkan di Portal Rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan (Portal Pencen) JPA.

Bagi pesara / penerima pencen yang memilih Skim A, bayaran pencen akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank setiap bulan secara automatik sekiranya, sama seperti pembayaran gaji kakitangan awam. Manakala bagi Skim B, pesara atau wakil mesti hadir ke bank setiap bulan untuk menandatangani borang tuntutan pencen sebelum bayaran boleh dikreditkan ke dalam akaun.

Pesara boleh menyemak dan mencetak slip penyata bayaran pencen secara online menerusi aplikasi Semakan Penyata Pencen di sini.


Jadual Pembayaran Pencen 2019

Bulan Tarikh Bayaran Hari Catatan
Januari

22.01.2019

Selasa ---
Februari

21.02.2019

Khamis Tahun Baru Cina  5 & 6 Februari 2019 (Selasa & Rabu)
Mac

21.03.2019

Khamis ---
April

24.04.2019

Isnin ---
Mei

21.05.2019

Selasa

Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2019 (Khamis & Jumaat)

Jun

24.06.2019

Isnin

Hari Gawai 1 & 2 Jun 2019 (Sabtu & Ahad)

Hari Raya Puasa 5 & 6 Jun 2019 (Rabu & Khamis)

Julai

22.07.2019

Isnin ---
Ogos

19.08.2019

Isnin

Hari Raya Haji 11 Ogos 2019 (Ahad)

September

23.09.2019

Isnin ---
Oktober

14.10.2019

Isnin Hari Deepavali 27 Oktober 2019 (Ahad)
November

21.11.2019

Khamis ---
Disember

16.12.2019

Isnin Hari Krismas 25/12/2018

Untuk maklumat terkini tentang tarikh bayaran pencen bulanan bagi tahun 2019, sila muat turun jadual bayaran pencen asal di sini.

jadual pembayaran pencen 2019

Semoga maklumat tarikh bayaran pencen bulanan ini berguna buat rujukan para pesara perkhidmatan awam atau wakil dalam merancang bajet dan perbelanjaan.