Jadual Lengkap Liga Super Malaysia 2020

Berikut adalah jadual lengkap perlawanan bolasepak bagi Liga Super Malaysia musim 2020 sepertimana diumumkan oleh Malaysian Football League (MFL).

Liga Super Malaysia bagi musim 2020 akan bermula pada 28 Februari 2020 dan berakhir pada 19 Julai 2020. Ia akan disertai 12 pasukan yang layak iaitu:

Johor Darul Ta'zim (juara bertahan), Kedah, Selangor, Perak, Pahang, Melaka United, Felda United FC, PDRM, Sabah, UiTM, Terengganu dan PJ City FC (MIFA)

Setiap pasukan akan menentang setiap pasukan lain sebanyak dua kali, sekali di tempat sendiri dan sekali di tempat lawan. Ia bermakna setiap pasukan akan bermain sebanyak 22 perlawanan, 11 perlawanan home dan 11 perlawanan away. Ini menjadikan perlawanan 132 perlawanan.

Pasukan akan diberi tiga mata untuk setiap kemenangan, satu mata untuk seri dan tidak mendapat sebarang mata untuk setiap kekalahan. Pasukan yang mengumpul mata paling banyak mata di akhir musim akan dinobatkan sebagai juara Liga Super.

(Untuk jadual siaran langsung sila layari Jadual Siaran Langsung Liga Super 2020, dan untuk keputusan terkini sila layari Live Score, Keputusan Dan Carta Kedudukan Terkini Liga Super 2020.)


Jadual Rasmi Liga Super Malaysia 2020

Jadual Liga Super 2020 berikut menyatakan tarikh perlawanan, nama pasukan tuan rumah, nama pasukan lawan dan tempat/venue perlawanan dan masa mula perlawanan (kick-off).

Setakat ini MFL hanya mengumumkan jadual untuk LS1 hingga LS11 sahaja.


Jadual LS1-LS11

Jadual Liga Super 2020

Klik pada gambar untuk paparan lebih besar dan jelas

Sila klik sini untuk download fail pdf Jadual Rasmi Pertandingan Liga Super 2020.

Baca juga: