Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Sempena Aidilfitri 2020

Tarikh akhir pengeposan item Pos Malaysia dan Pos Laju untuk serahan sebelum Hari Raya Aidilfitri 2020 / 1441H. Juga pengumuman tarikh operasi Pos Malaysia dan Pos Laju di seluruh Malaysia sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri 2020.

Pos Malaysia telah mengeluarkan kenyataan tentang tarikh akhir pengeposan item Pos Laju, mel & kad ucapan Hari Raya, serta tarikh cuti Aidilfitri dan tarikh buka semula sempena sambutan Aidilfitri 2020.

[Baharu] Tarikh Akhir Penghantaran Pos Laju Sempena Aidilfitri 2021

Untuk makluman, pengirim atau penerima boleh tracking Pos Laju untuk mengetahui status dan kedudukan terkini parcel/barangan mereka.

[Baharu] Tarikh Pembayaran & Jumlah Bantuan Khas Aidilfitri 2020 untuk kakitangan awam dan pesara kerajaan

Untuk memastikan barang, dokumen, mel dan kad ucapan kiriman pelanggan sampai ke destinasi dalam negara sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal dijangka jatuh pada 24 Mei 2020), pelanggan hendaklah melakukan pengeposan sebelum atau pada tarikh akhir seperti tersenarai di bawah.

Tarikh akhir pengeposan bergantung kepada jenis serta destinasi item yang dipos.

⦿ Pos Laju dan Mel

  • Dalam Semenanjung Malaysia: 18 Mei 2020
  • Semenanjung Malaysia - Sabah/Sarawak: 16 Mei 2020

⦿ Kad Ucapan Hari Raya

  • Dalam Semenanjung Malaysia: 20 Mei 2020
  • Semenanjung Malaysia - Sabah/Sarawak: 20 Mei 2020

tarikh akhir pengeposan poslaju hari raya aidilfitri 2020

Pengumuman oleh Pos Malaysia. Klik gambar untuk paparan besar / jelas

Pos Malaysia tetap menerima pengeposan sehingga 22 Mei 2020, namun serahan hanya akan dilakukan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. Pejabat Pos Dan Pos Laju akan dibuka semula mulai 26 Mei 2020 atau 27 Mei 2020 bergantung kepada permulaan hari bekerja mengikut negeri. Sila rujuk jadual di bawah.

Tarikh Urusniaga Pejabat Pos Dan Pos Laju Sempena Aidilfitri 2020

Berikut adalah tarikh urusniaga bagi Pos Malaysia dan Pos Laju di seluruh Malaysia sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2020.

Operasi perniagaan Pos Malaysia akan mula bercuti pada 23 Mei 2020 dan dibuka semula pada 27 Mei 2020 bagi semua negeri, kecuali di Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor dan pejabat pos yang beroperasi di pusat membeli-belah, di mana operasi akan disambung semula pada 26 Mei 2020.

tarikh urusniaga pejabat pos sempena aidilfitri 2020

Semoga maklumat tarikh akhir pengeposan dan tarikh urusniaga Pos Malaysia dan Pos Laju ini memberi manfaat untuk para pembaca khususnya para pembeli serta peniaga online dalam merancang masa kiriman barangan jualan mereka

Sumber: FB page Pos Malaysia Berhad