Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Sempena Aidilfitri 2021

Tarikh akhir pengeposan bungkusan Pos Laju, mel dan kad ucapan Hari Raya sempena sambutan Aidilfitri 2021/1442H.

Pos Malaysia telah mengeluarkan kenyataan tentang tarikh akhir penghantaran item Pos Laju, mel dan kad ucapan Hari Raya untuk serahan sebelum Hari Raya Aidilfitri 2021 .

Untuk makluman, pengirim atau penerima boleh tracking penghantaran Pos Laju untuk mengetahui status dan kedudukan terkini parcel atau bungkusan mereka.

[Baharu] Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Sempena Aidilfitri 2022

Senarai Tarikh Akhir Pengeposan Sebelum Aidilfitri

Untuk memastikan barang, dokumen, mel dan kad ucapan kiriman pelanggan sampai ke destinasi dalam negara sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal 1442 Hijrah dijangka jatuh pada 13 Mei 2021), pelanggan hendaklah melakukan pengeposan sebelum atau pada tarikh akhir seperti tersenarai di bawah.

Tarikh akhir pengeposan bergantung kepada jenis, lokasi serta destinasi item yang dipos.

⦿ Pos Laju

  • Dalam Semenanjung Malaysia: 8 Mei 2021
  • Kedah / Kelantan / Johor / Terengganu - Sabah / Sarawak: 6 Mei 2021
  • Negeri-negeri selain Kedah, Kelantan, Johor, Terengganu - Sabah / Sarawak: 7 Mei 2021

⦿ Mel Dan Kad Ucapan Hari Raya

  • Dalam Semenanjung Malaysia: 5 Mei 2021
  • Semenanjung Malaysia - Sabah / Sarawak: 3 Mei 2021

Pengumuman oleh Pos Malaysia

tarikh akhir pengeposan poslaju hari raya aidilfitri 2021

Semoga maklumat tarikh akhir pengeposan dan tarikh urusniaga Pos Malaysia dan Pos Laju ini memberi manfaat untuk para pembaca khususnya para pembeli serta peniaga online dalam merancang masa kiriman barangan jualan mereka.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pos Malaysia menerusi AskPos di www.pos.com.my atau menerusi aplikasi mudah alih Pos Malaysia.

Sumber: FB page Pos Malaysia Berhad