Tarikh Akhir Pengeposan Pos Malaysia Sempena Aidilfitri 2022

Tarikh akhir pengeposan bungkusan Pos Laju, mel dan kad ucapan Hari Raya sempena sambutan Aidilfitri 2022/1443H.

Pos Malaysia telah mengeluarkan kenyataan tentang tarikh akhir penghantaran item Pos Laju, mel dan kad ucapan Hari Raya untuk serahan sebelum Hari Raya Aidilfitri 2022, serta tarikh cuti Aidilfitri dan tarikh buka semula.

Untuk makluman, pengirim atau penerima boleh tracking penghantaran Pos Laju untuk mengetahui status dan kedudukan terkini parcel atau bungkusan mereka.

Senarai Tarikh Akhir Pengeposan Sebelum Aidilfitri 2022

Untuk memastikan barang, dokumen, mel dan kad ucapan kiriman pelanggan sampai ke destinasi dalam negara sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal 1443 Hijrah dijangka jatuh pada 3 Mei 2022), pengeposan hendaklah dilakukan sebelum atau pada tarikh akhir seperti tersenarai di bawah.

Tarikh akhir pengeposan bergantung kepada lokasi serta destinasi item yang dipos.

  • Dalam Semenanjung Malaysia: 27 April 2022
  • Dalam Malaysia Timur (Sabah & Sarawak), Semenanjung Malaysia ke/dari Malaysia Timur: 25 April 2022

Barangan yang dipos selepas tarikh yang disyorkan di atas akan hanya dihantar selepas Aidilfitri mulai 5 Mei 2022.

Pengumuman Oleh Pos Malaysia

tarikh akhir pengeposan poslaju hari raya aidilfitri 2022

Tarikh Cuti Raya Pos Malaysia Sempena Aidilfitri 2022

Pos Malaysia akan berehat seketika sempena Raya Aidilfitri pada tempoh berikut:

  • Semua Pejabat Pos / Pusat Pos Laju: 1 - 4 Mei 2022
  • Semua penghantaran - Pos & Kurier: 2 - 4 Mei 2022

tarikh cuti pos malaysia  sempena aidilfitri 2022

Tarikh Buka Semula Pejabat Pos Dan Pos Laju Selepas Aidilfitri 2022

Perkhidmatan Pos Malysia akan dibuka seperti biasa mulai 5 Mei 2022.

Semoga maklumat tarikh akhir pengeposan dan tarikh urusniaga Pos Malaysia dan Pos Laju ini memberi manfaat untuk para pembaca khususnya para pembeli serta peniaga online dalam merancang masa kiriman barangan jualan mereka.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pos Malaysia menerusi AskPos di www.pos.com.my atau menerusi aplikasi mudah alih Pos Malaysia.

Sumber: FB page Pos Malaysia Berhad