Jenis Dan Kelas Lesen Memandu Malaysia (LMM)

Jenis dan kelas lesen memandu kereta motor 2023. Jenis Lesen Memandu Malaysia (LMM) ditetapkan berdasarkan tahap kelayakan pemandu serta kegunaan kenderaan. Terdapat 5 jenis utama lesen memandu yang dikeluarkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ ) Malaysia: Learner Driving Licence (LDL), Probationary Driving Licence (PDL), Competent Driving Licence (CDL) dan Vocational Driving Licence (VDL).

Kelas lesen memandu pula adalah berdasarkan kepada jenis dan kapasiti kenderaan. Terdapat lebih sepuluh kelas kenderaan sepertimana ditentukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Jenis lesen memandu serta senarai kelas yang layak dipandu oleh pemilik lesen ada dinyatakan pada kad lesen memandu.

Jenis-jenis Lesen Memandu

Jenis-jenis lesen memandu di keluarkan berdasarkan kegunaan sesebuah kenderaan di atas jalanraya Malaysia sebagaimana di bawah:

  • Lesen Memandu Pelajar atau Learner Driving Licence (LDL)

    LDL atau dikenali sebagai lesen L ialah lesen yang bagi membolehkan seseorang individu belajar memandu kenderaan mengikut kelas dikeluarkan seperti kelas B, B2, D dan E.

    Lesen L perlu diperbaharui (renew) setiap 3 atau 6 bulan jika masih belum mengambil / lulus ujian JPJ. Tempoh sah lesen "L ialah 2 tahun bermula dari tarikh ia dikeluarkan. Sila rujuk harga renew lesen memandu terkini bayaran yang dikenakan.

  • Lesen Memandu Percubaan atau Probationary Driving Licence (PDL)

    PDL ialah lesen memandu percubaan atau dikenali sebagai lesen P. Ia diberikan kepada pemandu baru yang lulus ujian JPJ, dan sah untuk tempoh 2 tahun.

  • Lesen Memandu Kompeten atau Competent Driving Licence (CDL)

    CDL ialah lesen penuh yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan P setelah tamat tempoh percubaan selepas 2 tahun.

    Bagi rakyat Malaysia yang ingin keluar negara dan berhajat untuk memandu di sana, mereka perlu mendapatkan IDP (International Driving Permit) iaitu Permit Memandu Antarabangsa. Permit ini membolehkan pemegang lesen CDL Malaysia memandu di luar negara.

  • Lesen Memandu Vokasional atau Vocational Driving Licence (VDL)

    Lesen VDL ialah lesen memandu komersial khas untuk pemandu kenderaan komersial seperti bas dan lori. Ia dikeluarkan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

    Lesen Vokasional terbahagi kepada lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV Van, PSV Teksi/E-hailing dan PSV Bas), lesen Kenderaan Barangan (GDL Kejur, GDL Bersendi) dan lesen Konduktor.

jenis dan kelas lesen memandu

Kelas-kelas Lesen Memandu

Setiap kad lesen memandu adalah spesifik untuk satu jenis lesen dan ia mengandungi senarai terperinci jenis lesen serta kelas-kelas kenderaan yang layak dipandu oleh pemilik lesen tersebut.

Berikut dikongsikan senarai kelas lesen memandu yang ditetapkan oleh JPJ:

[Terkini] Bermula 1 Mac 2022 Lesen Memandu Malaysia Kelas E, E1 dan E2 digabungkan menjadi satu kelas Lesen E. Pemegang Lesen E1 dan E2 perlu menjalani program peralihan bagi mendapatkan Lesen E.

Kelas Jenis Kenderaan
A Kenderaan Orang Cacat (motosikal) dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 450kg
A1 Kenderaan Orang Cacat (motokar) dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3500kg)
B Motosikal Perseorangan melebihi 500cc (B Full)
B1 Motosikal Perseorangan tidak melebihi 500cc
B2 Motosikal Perseorangan tidak melebihi 250cc
C Motosikal tiga roda
D Motokar dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3500kg
DA Motokar Tanpa Pedal Klac dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3500kg
E Motokar dengan berat tanpa muatan (BTM) melebihi 3500kg
F Traktor/Jentera Bergerak Ringan Beroda dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 5000kg
G Traktor/Jentera Bergerak Ringan Berantai dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 5000kg
H Traktor/Jentera Bergerak Berat Beroda dengan berat tanpa muatan (BTM) melebihi 5000kg
I Traktor/Jentera Bergerak Berat Berantai dengan berat tanpa muatan (BTM) melebihi 5000kg

Had Umur Untuk Dapatkan Lesen Memandu

Sebagai maklumat tambahan, berikut adalah info mengenai syarat kelayakan umur untuk permohonan lesen memandu:

  • Lesen Memandu Motosikal - 16 tahun ke atas
  • Lesen Memandu Kereta - 17 tahun ke atas
  • Lesen Memandu Vokasional (GDL dan PSV) - Warganegara atau penduduk tetap Malaysia yang mempunyai lesen CDL serta berumur 21 tahun ke atas.
  • Permit Memandu Antarabangsa (IDP) - Pemegang lesen CDL yang berumur 18 tahun ke atas.

Semoga perkongsian maklumat mengenai jenis lesen memandu, kelas lesen memandu dan syarat kelayakan umur untuk memohon lesen memandu di Malaysia ini bermanfaat buat para pembaca.

Berkaitan: