Cara Tonton Dan Jadual DidikTV KPM

DidikTV KPM merupakan saluran khusus tv pendidikan baharu oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara.

Rangkaian DidikTV akan menyiarkan program yang berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM, berita mengenai dunia pendidikan dari prasekolah hingga Tingkatan Enam dan juga program didik hibur.

Berikut kami kongsikan cara menonton dan jadual rasmi siaran DidikTV KPM untuk rujukan para pelajar, ibu bapa serta warga pendidik.

tonton program siaran DidikTV KPM

Cara Menonton DidikTV KPM

Murid boleh PdPR dengan menonton TV atau menonton live stream secara online.

  • Tonton Depan TV

    DidikTV boleh ditonton di stesen televisyen NTV7 melalui saluran-saluran berikut:

    • Saluran 107 di MYTV / iDTV
    • Saluran 147 di Astro
    • Saluran NTV7 di Unifi TV
  • Tonton Secara Online

    Berikut adalah pautan live stream LIVE TV XTRA. Klik pada logo NTV7 untuk menonton DidikTV.

Video-video sesi pembelajaran juga boleh ditonton semula secara online di saluran YouTube DidikTV KPM.

Jadual Program DidikTV

DidikTV KPM bersiaran mulai jam 7.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam setiap hari.

Jadual harian DidikTV boleh didapati di Facebook page ntv7malaysia. Para pelajar juga boleh menonton semula rakaman sesi pembelajaran di page ini.

Sesi pembelajaran pelbagai mata pelajaran sekolah dikendalikan oleh guru-guru berpengalaman untuk murid-murid prasekolah, sekolah rendah dan menengah. Pembelajaran melalui DidikTV melangkaui bilik darjah, lebih menyeronokkan, bila-bila masa dan di mana jua.

Semoga panduan cara menonton tv pendidikan KPM ini berguna buat para pelajar dan juga ibu bapa.