Semakan Keputusan SPMU 2020 Secara Online Dan SMS

Semakan keputusan SPM Ulangan (SPMU) 2020 secara online dan SMS. Keputusan peperiksaan SPMU Kertas Jun 2020 dijangkakan diumumkan pada bulan Oktober 2020. Ringkasan keputusan boleh disemak secara online dan juga melalui SMS.

Menurut Kementerian Pendidikan, slip keputusan penuh SPM Ulangan 2020 akan diposkan ke alamat rumah calon, ataupun calon boleh mendapatkan keputusan mereka dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan.

Tarikh Semakan Keputusan SPMU

Keputusan peperiksaan SPMU tahun 2020 akan diumumkan pada 19 Oktober 2020. Semakan boleh dibuat mulai 19 Oktober 2020 jam 10:00 pagi.

Semakan Keputusan SPMU Secara Online

Semakan secara online keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2020 dibuka mulai 10:00 pagi 19 Oktober hingga 18 November 2020 11:59 malam.

Sila layari Semakan Keputusan Peperiksaan Online untuk menyemak.

Semakan Keputusan SPMU Melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk keputusan SPM Ulangan 2020 akan diaktifkan bermula 10:00 pagi 19 Oktober dan berakhir pada 6:00 petang 26 Oktober 2020.

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU 2020 melalui SMS:

semakan keputusan SPMU 2020

  1. Taipkan:

    SPMU<jarak>[No Kad Pengenalan]<jarak>[Angka Giliran]

    Contoh: SPMU  000325035243  WY189A123

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Pastikan Nombor Angka Giliran adalah sepertimana yang didaftarkan dalam peperiksaan. Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik semakan yang tinggi.

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan. Perkhidmatan ini tersedia bagi talian Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk, XOX dan Unifi.

Tiga mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan SPMU ialah Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Diharap panduan semakan keputusan SPMU ini berguna buat para pembaca. Semoga berjaya dan good luck!