Koleksi Soalan Percubaan Prinsip Perakaunan SPM 2020, 2019, 2018

Koleksi soalan percubaan Prinsip Perakaunan SPM semua negeri. Berikut adalah koleksi kertas soalan percubaan (trial papers) berserta skema jawapan untuk subjek Prinsip Akaun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari setiap negeri bagi tahun 2018, 2019 dan 2020.

Untuk soalan subjek-subjek lain sila layari Bank Soalan Percubaan SPM 2018, 2019, 2020 + Jawapan.

Selain soalan-soalan percubaan negeri, kami juga mengumpul soalan-soalan percubaan SPM dari SBP dan MRSM dan juga soalan-soalan peperiksaan sebenar SPM tahun-tahun lepas.

Soalan Trial Prinsip Perakaunan SPM + Skema Jawapan

Soalan-soalan peperiksaan percubaan SPM Prinsip Perakaunan dari setiap negeri disenaraikan di bawah. Sila klik pada pautan soalan/jawapan untuk paparan atau muat turun. Senarai kertas soalan dan skema jawapan trial SPM 2018, 2019 dan 2020 bagi mata pelajaran Prinsip Akaun ini akan dikemaskini dari masa ke masa.

Senarai Soalan Percubaan Prinsip Perakaunan SPM 2020

Senarai Soalan Percubaan Prinsip Perakaunan SPM 2019

Soalan Percubaan Prinsip Perakaunan SPM 2018

soalan percubaan trial Prinsip Perakaunan SPM

Format Dan Pemarkahan Prinsip Perakaunan SPM

Subjek Prinsip Perakaunan SPM terbahagi kepada dua kertas iaitu Kertas 1 (kod 3756/1), Kertas 2 (kod 3756/2) dan Kertas 3 (kod 3756/3).

  • Prinsip Perakaunan Kertas 1 (3756/1) mengandungi 40 soalan objektif. Calon dikehendaki menjawab semua soalan dan masa yang diperuntukkan ialah 1 jam 15 minit. Kertas ini berjumlah 40 markah. Kertas 1 mewakili 20% daripada markah keseluruhan.
  • Prinsip Perakaunan Kertas 2 (3756/2) mengandungi soalan-soalan subjektif yang perlu dijawab dalam masa 2 jam 30 minit. Markah penuh keseluruhan kertas ini ialah 100 markah. Kertas 2 mewakili 60% daripada markah keseluruhan. Kertas ini dibahagikan kepada dua bahagian, seperti berikut:
    1. Bahagian A: Mengandungi 3 soalan wajib. Jumlah markah maksimum untuk bahagian ini ialah 60 markah.
    2. Bahagian B: Mengandungi 3 soalan. Calon dikehendaki menjawab mana-mana 2 soalan. Jumlah markah maksimum untuk bahagian ini ialah 40 markah.
  • Prinsip Perakaunan Kertas 3 (3756/3) berbentuk kerja kursus (Tugasan Projek). Ia terdiri daripada Tugasan 1 yang dibuat semasa Tingkatan 4 (Ogos - September) dan Tugasan 2 yang dibuat semasa Tingkatan 5 (April - Mei). Markah penuh Kertas 3 ialah 140 markah. Kertas 3 mewakili 20% daripada markah keseluruhan.

Semoga kompilasi soalan-soalan trial Prinsip Perakaunan SPM dari seluruh negara ini dapat membantu para calon mengulangkaji dan melakukan latih tubi dalam mempersiapkan diri untuk menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

Penafian: Fail-fail kertas soalan dan jawapan peperiksaan percubaan SPM di atas tidak dimuat naik, tidak dihoskan dan tidak dimiliki pihak malaysiatercinta.com. Kami hanya memaut kepada sumber-sumber sedia ada di internet. Kredit kepada sumber dan uploader asal.