Senarai 50 Orang Terkaya Malaysia 2022

Berikut adalah senarai terkini 50 orang paling kaya di Malaysia menurut laporan majalah Forbes. Ranking disusun berdasarkan net worth / nilai bersih kekayaan mereka pada bulan Mei 2022.

Senarai tahun 2022 menyaksikan penurunan jumlah kekayaan terkumpul 50 taikun terkaya Malaysia sebanyak 10% dari tahun 2021 kepada AS$80.5 bilion.

Tan Sri Robert Kuok masih kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia, namun kekayaannya merosot daripada AS$12.2 bilion tahun lepas kepada AS$11 bilion tahun ini. Beliau berada di tangga teratas sebagai individu terkaya Malaysia sejak 17 tahun lalu. Sebahagian besar kekayaan bilionair ini datang dari minyak sawit, perkapalan dan hartanah.

Syed Mokhtar AlBukhary naik tiga anak tangga di kedudukan ke-15 dan nilai bersih beliau juga meningkat kepada AS$1.31 bilion daripada AS$1.2 bilion tahun lepas.

50 individu terkaya Malaysia

50 Individu Paling Kaya di Malaysia 2022

Berikut adalah ranking individu paling kaya di Malaysia untuk tahun 2022 berdasarkan net worth. Turut disertakan ialah net worth dalam Dollar Amerika (USD), umur dan sumber kekayaan mereka.

Rank Nama Nilai Bersih (USD) Umur Punca Kekayaan
1 Robert Kuok $11 B 98 minyak sawit, perkapalan, hartanah
2 Quek Leng Chan $10.1 B 80 perbankan, hartanah
3 Koon Poh Keong & adik beradik $6.2 B - aluminium
4 Teh Hong Piow $5.7 B 92 perbankan
5 Ananda Krishnan $5 B 84 telekom, media, oil-services
6 Lee Yeow Chor & Yeow Seng $4.8 B - minyak sawit, hartanah
7 Chen Lip Keong $2.7 B 74 kasino, hartanah, tenaga
8 Tan Yu Yeh & Tan Yu Wei $2.4 B - peruncitan (Mr D.I.Y.)
9 Lim Kok Thay $2.35 B 70 kasino
10 Lau Cho Kun $2 B 86 minyak sawit, hartanah
11 Kuan Kam Hon & keluarga $1.9 B 74 sarung tangan getah
12 Lee Oi Hian & Hau Hian $1.6 B - minyak sawit, kimia, hartanah
13 G. Gnanalingam $1.55 B 77 pelabuhan
14 Lim Wee Chai $1.4 B 64 sarung tangan getah
15 Syed Mokhtar AlBukhary $1.31 B 70 kejuruteraan, tenaga, pembinaan
16 Jeffrey Cheah $1.3 B 77 hartanah
17 Francis Yeoh & adik beradik $1.2 B 67 pembinaan, tenaga, hartanah
18 Surin Upatkoon $1.05 B 73 telekom, loteri, insurans
19 Tiong Hiew King & keluarga $1 B 87 balak, media
20 Ninian Mogan Lourdenadin $960 M 68 hartanah, runcit, perkhidmatan kewangan
21 Vincent Tan $905 M 70 runcit, perjudian, hartanah
22 Cheah Cheng Hye $885 M 68 pelaburan
23 Lim Peng Cheong & Peng Jin $790 M - pembungkusan, hartanah
24 Lim Kuang Sia & adik beradik $740 M 70 sarung tangan getah
25 Tan Eng Kee $715 M 52 peralatan automasi kilang
26 David Kong $660 M 67 perkhidmatan pengebumian
27 Syed Azman Syed Ibrahim $650 M 62 penerbangan, pengedaran kenderaan bermotor
28 Lim Kang Hoo $620 M 66 hartanah
29 Danny Tan Chee Sing $590 M 67 hartanah
30 Wong Teek Son & keluarga $565 M 60 sarung tangan getah
31 Azman Hashim $560 M 82 perbankan
32 Yaw Teck Seng & Yaw Chee Ming $550 M - perhutanan, minyak sawit, hartanah
33 Wen Chiu Chi $515 M 65 hartanah
34 Goh Peng Ooi $465 M 68 perisian
35 Chu Jenn Weng $430 M 52 elektronik
36 Ling Chiong Ho & adik beradik $425 M 71 minyak sawit, perkapalan
37 Ngau Boon Keat $420 M 73 minyak & gas
38 Lim Han Weng & keluarga $415 M 70 minyak & gas
39 Gooi Seong Lim & keluarga $405 M 72 hartanah, pembinaan
40 Patrick Grove $400 M 47 e-dagang, media
41 Ong Leong Huat $395 M 78 hartanah, pembinaan, perkhidmatan kewangan
42 Loh Kian Chong $390 M 46 kenderaan bermotor, minyak sawit, hartanah
43 Loi Tuan Ee & adik beradik $380 M 59 tenusu (Farm Fresh)
44 Kong Chong Soon $345 M 81 hartanah
45 Stanley Thai & Cheryl Tan $340 M 62 sarung tangan getah
46 Desmond Lim Siew Choon $335 M 62 hartanah
47 Steven Siaw Kok Tong $305 M 50 elektronik
48 Wong Thean Soon $300 M 50 perkhidmatan elektronik
49 Yong Pang Chaun $265 M 71 peruncitan
50 Ng Chai Eng $255 M 58 perkhidmatan kejuruteraan

Senarai orang paling kaya di Malysia 2022 ini adalah berdasarkan laporan dari majalah Forbes (www.forbes.com). Forbes menghasilkan senarai ini dengan menggunakan maklumat dari orang perseorangan, bursa saham, penganalisis, pangkalan data swasta, agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan sumber-sumber lain. Nilai bersih didasarkan pada harga saham dan kadar tukaran asing pada penutupan pasaran saham pada 20 Mei 2022.