Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2023

Jadual dan tarikh gaji 2023 kakitangan kerajaan. Gaji pekerja sektor awam lazimnya dibayar pada hujung bulan dengan cara dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima.

Bagi penjawat awam yang tertanya-tanya berapa haribulan gaji akan masuk akaun, berikut kami kongsikan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2023 untuk rujukan semua. Tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam ini terpakai untuk semua negeri di seluruh Malaysia. Jadual ini bersumberkan jadual rasmi terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

[Baharu] Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2024

Penjawat awam boleh membuat semakan penyata gaji secara online (e-Pay Slip) sehari sebelum gaji masuk.

Tarikh Gaji Bulanan Penjawat Awam 2023

Jadual gaji di bawah memaparkan maklumat bulan, tarikh dan hari gaji serta catatan nama serta tarikh hari perayaan pada bulan tersebut jika ada.

Bulan Tarikh Gaji Hari Catatan
Jan 17.01.2023 Selasa Tahun Baru Cina - 22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin)
Feb 24.02.2023 Jumaat ---
Mac 24.03.2023 Jumaat ---
Apr 17.04.2023
14.04.2023
Jumaat Hari Raya Puasa - 22 & 23 April 2023 (Sabtu & Ahad)
Mei 25.05.2023
19.05.2023
Jumaat Hari Pesta Kaamatan - 30 & 31 Mei 2023 (Selasa & Rabu)
Jun 23.06.2023 Jumaat

Hari Gawai - 1 & 2 Jun 2023 (Khamis & Jumaat)

Hari Raya Haji - 29 & 30 Jun 2023 (Khamis & Jumaat)

Jul 25.07.2023 Selasa ---
Ogo 25.08.2023 Jumaat

---

Sep 23.09.2023 Isnin ---
Okt 25.10.2023 Rabu ---
Nov 25.11.2023 Jumaat Hari Deepavali - 12 November 2023 (Ahad)
Dis 19.12.2023 Selasa Hari Krismas - 25 Disember 2023 (Isnin)

Jadual tarikh pembayaran gaji penjawat kakitangan awam kerajaan bulan januari februari mac april mei jun julai ogos september oktober november disember 2023

Klik untuk imej yang lebih besar dan jelas

Untuk perincian maklumat berhubung dengan tarikh dan peraturan pembayaran gaji, sila rujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia SPANM Bil. 4 Tahun 2022 - Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2023, yang boleh dimuat turun di pautan ini.

Jadual tarikh pembayaran gaji penjawat kakitangan awam kerajaan bulan januari februari mac april mei jun julai ogos september oktober november disember 2023

Jadual tarikh gaji bulanan penjawat awam ini tertakluk kepada pindaan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Sila rujuk portal rasmi ANM di www.anm.gov.my/index.php/utama untuk maklumat terkini tentang tarikh pembayaran gaji kakitangan kerajaan.

Anda boleh gunakan jadual gaji 2023 untuk merancang bajet bulanan anda. Padankan dengan kalendar cuti umum dan cuti sekolah 2023 untuk merancang bajet dan masa percutian keluarga.

Bagi pesara kerajaan persekutuan, sila rujuk Tarikh Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan Tahun 2023.

Diharap maklumat mengenai tarikh gaji bulanan kakitangan awam ini bermanfaat buat para pembaca khususnya mereka yang berkhidmat dengan kerajaan persekutuan.