Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2023

Jadual tarikh bayaran pencen 2023 untuk pesara kerajaan Malaysia. Berikut adalah jadual pembayaran pencen bulanan bagi tahun 2023 untuk rujukan penerima pencen atau wakil seperti yang disiarkan di Portal Rasmi Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Untuk pembayaran gaji kakitangan awam sila layari Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2023.

Pesara kerajaan boleh menyemak dan mencetak slip penyata bayaran pencen secara online menerusi aplikasi Semakan Penyata Pencen di sini.

Jadual Pembayaran Pencen Bulanan 2023

Bulan Tarikh Bayaran Hari Catatan
Januari 16.01.2023 Isnin Tahun Baru Cina - 22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin)
Februari 20.02.2023 Isnin ---
Mac 20.03.2023 Isnin ---
April 13.04.2023 Khamis Hari Raya Puasa - 22 & 23 April 2023 (Sabtu & Ahad)
Mei 18.05.2023 Khamis Hari Pesta Kaamatan - 30 & 31 Mei 2023 (Selasa & Rabu)
Jun 19.06.2023 Isnin

Hari Gawai - 1 & 2 Jun 2023 (Khamis & Jumaat)

Hari Raya Haji - 29 & 30 Jun 2023 (Khamis & Jumaat)

Julai 20.07.2023 Khamis ---
Ogos 21.08.2023 Isnin

---

September 21.09.2023 Khamis ---
Oktober 19.10.2023 Khamis ---
November 20.11.2023 Isnin Hari Deepavali - 12 November 2023 (Ahad)
Disember 14.12.2023 Khamis Hari Krismas - 25 Disember 2023 (Isnin)

Dokumen rasmi tarikh bayaran pencen bulanan bagi tahun 2023 boleh di muat turun di sini.

Untuk maklumat terkini tentang tarikh pembayaran pencen bulanan bagi tahun 2023, sila layari Portal Pencen - JPA di pautan http://www.jpapencen.gov.my/.

jadual tarikh pembayaran pesara kerajaan untuk tahun pencen 2023

Bagi pesara / penerima pencen di bawah Skim A, bayaran pencen akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank setiap bulan secara automatik, sama seperti pembayaran gaji kakitangan awam. Manakala bagi Skim B, pesara / penerima atau wakil dikehendaki hadir ke bank setiap bulan untuk menandatangani borang tuntutan pencen sebelum bayaran dikreditkan ke dalam akaun penerima. Cara bayaran melalui Skim B ini biasanya dibuat kepada pesara yang uzur dan anak cacat yang menerima pencen.

Semoga maklumat tarikh bayaran pencen bulanan ini berguna buat rujukan para pesara perkhidmatan awam atau wakil dalam merancang bajet dan perbelanjaan.