Jadual Siaran Langsung Piala Dunia 2022 Qatar di RTM

Jadual siaran langsung dan live stream Piala Dunia 2022 Qatar di RTM. Kejohanan akhir Piala Dunia FIFA 2022 (FIFA World Cup 2022) akan berlangsung di Qatar dari 20 November hingga 18 Disember 2022. Kejohanan Piala Dunia kali ke-22 ini disertai 32 buah negara, dimainkan di 8 buah stadium dan melibatkan 64 perlawanan.

Negara-negara yang layak ke Piala Dunia 2022 ialah:

Qatar, Ecuador, Senegal, Belanda, England, Iran, Amerika Syarikat (USA), Wales, Argentina, Arab Saudi, Mexico, Poland, Perancis, Denmark, Tunisia, Australia, Sepanyol, Jerman, Jepun, Costa Rica, Belgium, Kanada, Maghribi, Croatia, Brazil, Serbia, Switzerland, Cameroon, Portugal, Ghana, Uruguay dan Korea Selatan.

Juara bertahan ialah Perancis (2018). Sila layari Senarai Juara Piala Dunia FIFA untuk mengetahui negara-negara mana yang pernah menjuarai World Cup setakat ini.

piala dunia Qatar world cup 2022

Keputusan Undian Piala Dunia Qatar 2022

32 negara dibahagikan kepada lapan kumpulan (Kumpulan A – H), dengan 4 negara dalam setiap kumpulan. Keputusan undian adalah seperti berikut:

piala dunia bola 2022 qatar undian

Jadual Dan Siaran Langsung Piala Dunia 2022 Waktu Malaysia

RTM merupakan penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2022. Perlawanan-perlawanan terpilih akan akan disiarkan secara langsung melalui saluran RTM TV2 dan TV Okey, manakala siaran ulangan akan disiarkan melalui saluran Sukan RTM. Ia juga boleh disaksikan secara live stream di RTMKLIK. RTM akan menyiarkan 26 perlawanan Piala Dunia 2022 secara siaran langsung dan 14 siaran tertunda secara percuma.

Sebagai panduan, berikut adalah jadual lengkap termasuk siaran langsung perlawanan peringkat kumpulan dan peringkat kalah mati bagi pusingan akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022. Jadual ini memaparkan tarikh dan masa perlawanan mengikut waktu Malaysia (UTC+8), pasukan yang bertanding, dan saluran siaran langsung / live stream.

Jadual tertakluk kepada sebarang pindaan dan perubahan semasa oleh RTM. Ia akan dikemaskini dari masa ke masa untuk memaparkan maklumat tekini.

◼ Jadual Piala Dunia 2022 Peringkat Kumpulan

Klik sini untuk download jadual dalam bentuk pdf (waktu tempatan Qatar).

◼ Jadual Piala Dunia 2022 Peringkat Kalah Mati

Untuk keputusan terkini dan livescore Piala Dunia FIFA 2022, sila layari Keputusan Terkini Piala Dunia 2022 Qatar.

Match # Tarikh
Masa
Perlawanan Saluran Siaran Langsung
Peringkat Round of 16
49 3 Dis
23:00
Belanda vs USA TV2, TV Okey
50 4 Dis
03:00
Argentina vs Australia TV2, TV Okey
51 4 Dis
23:00
Perancis vs Poland TV2, TV Okey
(siaran tertunda 09:00)
52 5 Dis
03:00
England vs Senegal TV2, TV Okey
(siaran tertunda 11:00)
53 5 Dis
23:00
Jepun vs Croatia TV2, TV Okey
(siaran tertunda 09:00 6 Dis)
54 6 Dis
03:00
Brazil vs Korea Selatan TV2, TV Okey
55 6 Dis
23:00
Maghribi vs Sepanyol TV2, TV Okey
56 7 Dis
03:00
Portugal vs Switzerland TV2, TV Okey
(siaran tertunda 09:00)
Peringkat Suku Akhir / Quarterfinals
57 9 Dis
23:00
Croatia vs Brazil TV2, TV Okey
58 10 Dis
03:00
Belanda vs Argentina TV2, TV Okey (tertunda 9:00)
60 10 Dis
23:00
Maghribi vs Portugal TV2, TV Okey (tertunda 9:00 11 Dis)
59 11 Dis
03:00
England vs Perancis TV2, TV Okey
Peringkat Separuh Akhir / Semifinals
61 14 Dis
03:00
Argentina vs Croatia TV2, TV Okey
62 15 Dis
03:00
Perancis vs Maghribi TV2, TV Okey
Perlawanan Penentuan Tempat Ketiga
63 17 Dis
23:00
Croatia vs Maghribi TV2, TV Okey
Perlawanan Akhir / Penentuan Juara Piala Dunia FIFA 2022
64 18 Dis
23:00
Argentina vs Perancis TV2, TV Okey

Semoga jadual Piala Dunia 2022 Qatar ini berguna sebagai panduan dan rujukan para peminat bolasepak semua.

Sumber: FIFA