Jadual Siaran Langsung MotoGP 2020 [Terkini]

Jadual terkini siaran secara langsung live MotoGP 2020 di RTM. Berikut dikongsikan kalendar serta jadual siaran secara langsung kejohanan MotoGP 2020 untuk rujukan peminat sukan permotoran negara.

MotoGP musim 2020 akan berlangsung mulai 8 Mac hingga 15 November 2020 dan merangkumi 20 litar perlumbaan di seluruh dunia. Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung sesi kelayakan dan perlumbaan bagi 10 litar terpilih. Tayangan akan dibuat menerusi tiga saluran - TV1, TV2 dan RTM HD Sports.

[Baharu] Jadual / Kalendar MotoGP 2021

[Terkini] Jadual dan litar perlumbaan MotoGP 2020 mungkin berubah atau perlumbaan dibatalkan akibat wabak COVID-19.

Kejohanan MotoGP 2020 terbahagi kepada tiga kelas utama: MotoGP (1000cc), Moto2 (765cc) dan Moto3 (250cc). Ia menampilkan persaingan sengit antara jentera-jentera dari jenama motosikal ternama dunia seperti Honda, Yamaha, Ducati, KTM, Suzuki dan Aprilia.

[Baharu] Kadar Road Tax Terkini Bagi Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak

Jadual Siaran Langsung MotoGP

RTM akan menayangkan dua siaran langsung untuk setiap sirkit yang terlibat, iaitu:

  1. Sesi kelayakan / qualifying yang diadakan pada hari Sabtu, dan
  2. Perlumbaan / race day yang diadakan pada hari Ahad

jadual siaran langsung motogp live 2020

Jadual berikut akan dikemaskini sebaik maklumat siaran langsung diumumkan. Masa bagi jadual siaran langsung ini adalah mengikut waktu Malaysia.

Kemaskini: 14 Jun 2020

Bil Nama Acara
Litar, Negara
Tarikh
(2020)
Masa Saluran RTM

1

VisitQatar Grand Prix

Losail International Circuit, QATAR

(Moto2 dan Moto3 sahaja)

7 Mac

8 Mac

--- ---

2

Gran Premio Red Bull de España

Circuito de Jerez - Angel Nieto, SEPANYOL

18 Jul

19 Jul

---

---

3

Gran Premio Red Bull de Andalucia

Circuito de Jerez - Angel Nieto, SEPANYOL

25 Jul

26 Jul

---

---

4

Monster Energy Grand Prix České republiky

Automotodrom Brno, REPUBLIK CZECH

08 Ogo

09 Ogo

--- ---

5

myWorld Motorrad Grand Prix von Österreich

Red Bull Ring – Spielberg, AUSTRIA

15 Ogo

16 Ogo

---

---

6

Grand Prix von Styria

Red Bull Ring – Spielberg, AUSTRIA

22 Ogo

23 Ogo

---

---

7

Gran Premio Octo di San Marino e della Riviera di Rimini

Misano World Circuit Marco Simoncelli, ITALI

12 Sep

13 Sep

--- ---

8

Gran Premio dell'Emilia Romagna e della Riviera di Rimini

Misano World Circuit Marco Simoncelli, ITALI

19 Sep

20 Sep

--- ---

9

Gran Premi Monster Energy de Catalunya

Circuit de Barcelona-Catalunya, SEPANYOL

26 Sep

27 Sep

---

---

10

SHARK Helmets Grand Prix de France

Le Mans, PERANCIS

10 Okt

11 Okt

--- ---

11

Gran Premio Michelin® de Aragon

MotorLand Aragon, SEPANYOL

17 Okt

18 Okt

---

---

12

Gran Premio de Teruel

MotorLand Aragon, SEPANYOL

24 Okt

25 Okt

---

---

13

Gran Premio de Europa

Circuit Ricardo Tormo, SEPANYOL

07 Nov

08 Nov

---

---

14

Gran Premio Motul de la Comunitat Valenciana

Circuit Ricardo Tormo, SEPANYOL

14 Nov

15 Nov

---

---

15

Red Bull Grand Prix of The Americas

Circuit Of The Americas, AMERIKA SYARIKAT

Dibatalkan

--- ---

16

Gran Premio Motul de la Republica Argentina

Termas de Rio Hondo, ARGENTINA

Dibatalkan

--- ---

17

PTT Thailand Grand Prix

Chang International Circuit, THAILAND

Dibatalkan

--- ---

18

Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix

Sepang International Circuit, MALAYSIA

Dibatalkan

---

---

kalendar baharu motoGP 2020

Antara pelumba yang bersaing dalam MotoGP 2020 ialah Marc Marquez (juara MotoGP 2019) dari pasukan Repsol Honda, Andrea Dovizioso dari pasukan Ducati, Valentino Rossi dan Maverick Vinales dari pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP, Fabio Quartararo dari pasukan Petronas Yamaha SRT.

Malaysia diwakili oleh pelumba Moto2 Hafizh Syahrin dari pasukan Angel Nieto serta Kasma Daniel Kasmayudin dari pasukan Onexox TKKR SAG, dan pelumba Moto3 Khairul Idham Pawi dari pasukan Petronas Sprinta Racing.

Semoga info mengenai kalendar motogp 2020 dan jadual siaran tv MotoGP live ini berguna buat para pembaca.