Koleksi Soalan Percubaan Bahasa Inggeris SPM 2020, 2019, 2018

Koleksi soalan percubaan Bahasa Inggeris SPM seluruh negeri. Berikut adalah koleksi kertas soalan percubaan (trial papers) berserta skema jawapan untuk subjek Bahasa Inggeris (English) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari semua negeri bagi tahun 2018, 2019 dan 2020.

Selain soalan-soalan percubaan SPM negeri, kami juga mengumpul soalan-soalan percubaan SPM dari SBP dan MRSM dan juga soalan-soalan peperiksaan sebenar SPM tahun-tahun lepas.

Soalan Trial Bahasa Inggeris SPM + Skema Jawapan

Soalan-soalan peperiksaan percubaan SPM English Paper 1 (1119/1) dan English Paper 2 (1119/2) dari setiap negeri disenaraikan di bawah. Sila klik pada pautan soalan/jawapan untuk paparan atau muat turun. Senarai kertas soalan dan skema jawapan trial SPM bagi mata pelajaran BI ini akan dikemaskini dari masa ke masa.

Senarai Soalan Percubaan Bahasa Inggeris SPM 2020

Soalan Percubaan Bahasa Inggeris SPM 2019

Soalan Trial Bahasa Inggeris SPM 2018

soalan percubaan trial Bahasa Inggeris SPM

Format Dan Pemarkahan Bahasa Inggeris SPM

Format dan pemarkahan subjek Bahasa Inggeris SPM adalah seperti berikut:

  • Bahasa Inggeris Kertas 1 (1119/1) dipecahkan kepada dua bahagian.
    • Bahagian A - Directed Writing mengandungi 1 soalan struktur (35 markah)
    • Bahagian B - Continuous Writing mengandungi 5 soalan subjektif. Calon hanya perlu menjawab 1 soalan (50 markah)
    Markah penuh Kertas 1 ialah 85 markah. Masa yang diperuntukkan ialah 1 jam 45 minit.
  • Bahasa Inggeris Kertas 2 (1119/2) dipecahkan kepada empat bahagian.
    • Bahagian A mengandungi 15 soalan objektif (15 markah)
    • Bahagian B mengandungi 10 soalan struktur (10 markah)
    • Bahagian C mengandungi 5 soalan kefahaman (10 markah) dan 1 soalan ringkasan kefahaman (15 markah)
    • Bahagian D mengandungi 3 soalan berkenaan poem (5 markah) dan 1 soalan berkenaan novel (15 markah)
    Markah penuh untuk Kertas 2 ialah 70 markah. Masa yang diperuntukkan ialah 2 jam 15 minit.

Semoga kompilasi soalan-soalan trial English SPM dari seluruh negara ini dapat membantu para calon mengulangkaji dalam mempersiapkan diri untuk menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

Penafian: Fail-fail kertas soalan dan jawapan peperiksaan percubaan SPM di atas tidak dimuat naik, tidak dihoskan dan tidak dimiliki pihak malaysiatercinta.com. Kami hanya memaut kepada sumber-sumber sedia ada di internet. Kredit kepada sumber dan uploader asal.