Jadual Waktu Peperiksaan STAM 2020

Jadual waktu peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk tahun 2020. Berikut dikongsikan maklumat penjadualan semula waktu peperiksaan STAM tahun 2020 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVlD-lg yang telah diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Peperiksaan bertulis STAM 2020 telah ditunda ke tahun 2021. Ia akan berlangsung selama enam hari iaitu bermula 22 Februari hingga 3 Mac 2021.

Untuk tarikh dan jadual waktu peperiksaan lain, sila rujuk Tarikh Peperiksaan SPM, UPSR, PT3 Dan PAV 2020.

Jadual Waktu Peperiksaan STAM 2020

Berikut adalah jadual waktu peperiksaan bertulis STAM 2020 untuk calon biasa. Jadual ini memaparkan tarikh, waktu peperiksaan bermula, tempoh masa peperiksaan, kod kertas, nama kertas dan arahan khas.

Sila klik pada gambar untuk paparan jadual yang lebih besar dan jelas.

⦿ 22, 23, 24, 25 Februari dan 1, 2, 3 Mac 2021: Fiqh, Hadith dan Mustolah, Hifz Al-Quran dan Tajwid, Insya' dan Mutala'ah, Tauhid dan Mantiq, Nahu dan Sarf, Balaghah, Tafsir dan Ulumuhu, Adab dan Nusus, 'Arudh dan Qafiyah

jadual waktu peperiksaan STAM 2020

Fail pdf jadual waktu lengkap bagi peperiksaan STAM 2020 boleh dimuat turun di sini. Jadual peperiksaan STAM ini memperincikan tarikh, masa dan tempoh ujian, nama dan kod kertas, arahan khas serta jadual masa tambahan bagi calon berkeperluan khas. Ia juga mengandungi arahan-arahan kepada Jabatan pendidikan Negeri (JPN), Pengetua, Ketua Pengawas Peperiksaan serta arahan, amaran, larangan dan peringatan kepada Calon Peperiksaan.

Semoga jadual di atas berguna untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan STAM 2020. Jaga solat dan perbanyakkan berdoa, In Shaa Allah berjaya.