Kalendar Cuti Umum Kelantan 2023

Takwim cuti am negeri Kelantan tahun 2023 untuk pengetahuan umum. Berikut adalah kalendar cuti umum atau hari kelepasan am Negeri Kelantan bagi tahun 2023 sepertimana diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim.

Semoga kalendar cuti umum Kelantan ini dapat membantu warga Kelantan dalam membuat perancangan awal aktiviti kerja dan percutian untuk tahun ini. Kalender ini akan dikemaskini sebaik sahaja terdapat sebarang perubahan.

[Baharu] Kalendar Cuti Umum Kelantan Tahun 2024

Hari Cuti / Kelepasan Am Kelantan 2023

Jadual berikut menyatakan tarikh, hari dan nama hari-hari kelepasan am negeri dan kelepasan am persekutuan bagi Negeri Kelantan untuk tahun 2023.

Bil. Hari Kelepasan Am Tarikh Hari
1 Tahun Baru Cina 29 Jamadilakhir 1444H
22 Januari 2023
Ahad
2 Tahun Baru Cina (Hari Kedua) 01 Rejab 1444H
23 Januari 2023
Isnin
3 Hari Nuzul Al-Quran 17 Ramadhan 1444H
08 April 2023
Sabtu
4 Hari Raya Puasa* 01 Syawal 1444H
22 April 2023
Sabtu
5 Hari Raya Puasa* (Hari Kedua) 02 Syawal 1444H
23 April 2023
Ahad
6 Hari Pekerja 10 Syawal 1444H
01 Mei 2023
Isnin
7 Hari Wesak 13 Syawal 1444H
04 Mei 2023
Khamis
8 Hari Keputeraan S.P.B Yang di-Pertuan Agong 16 Zulkaedah 1444H
05 Jun 2023
Isnin
9 Hari Wukuf Arafah 09 Zulhijjah 1444H
28 Jun 2023
Rabu
10 Hari Raya Qurban* 10 Zulhijjah 1444H
29 Jun 2023
Khamis
11 Hari Raya Qurban* (Hari Kedua) 11 Zulhijjah 1444H
30 Jun 2023
Jumaat
12 Awal Muharram (Maal Hijrah) 01 Muharram 1445H
19 Julai 2023
Rabu
13 Hari Kebangsaan 14 Safar 1445H
31 Ogos 2023
Khamis
14 Hari Malaysia 30 Safar 1445H
16 September 2023
Sabtu
15 Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul) 12 Rabiulawal 1445H
28 September 2023
Khamis
16 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V 13 Safar 1445H
29 September 2023
Jumaat
17 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V (Hari Kedua) 14 Safar 1445H
30 September 2023
Sabtu
18 Hari Deepavali * 28 Rabiulawal 1445H
12 November 2023
Ahad
19 Hari Krismas 12 Jamadilakhir 1445H
25 Disember 2023
Isnin

* Tertakluk kepada perubahan (Dikemaskini pada 1 Januari 2023)

Peringatan:

Bagi Hari-Hari Kelepasan Am yang disenaraikan, sekiranya Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Kelepasan Mingguan (Jumaat dan Sabtu] secara berturut-turut, maka hari-hari itu diganti dengan hari esoknya (satu hari sahaja) dan jika kemudiannya pula sedia menjadi hari kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan Am.

Apabila Hari Kelepasan Am jatuh pada hari pertama Kelepasan Mingguan (hari Jumaat), tidak ada cuti gantian bagi Hari Kelepasan Am tersebut kecuali Hari Kedua (hari Sabtu) maka hari berikutnya adalah hari cuti gantian.

hari kelepasan am persekutuan kelantan 2023

hari kelepasan am persekutuan kelantan 2023

Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan di sini

Semoga senarai hari kelepasan am negeri serta hari kelepasan am persekutuan bagi negeri Kelantan ini berguna untuk para pembaca khususnya warga Kelantan.