Kalendar Cuti Umum Johor 2023

Takwim cuti umum negeri Johor tahun 2023 untuk pengetahuan umum. Berikut adalah kalendar cuti umum atau hari kelepasan am negeri Johor bagi tahun 2023 sepertimana disiarkan di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim.

Semoga kalendar cuti Johor ini dapat membantu warga Johor dalam membuat perancangan awal aktiviti kerja dan percutian untuk tahun ini. Kalender ini akan dikemaskini sebaik sahaja terdapat sebarang perubahan.

[Baharu] Kalendar Cuti Umum Johor 2024

Hari Cuti / Kelepasan Am Johor 2023

Jadual berikut menyatakan tarikh, hari dan nama hari-hari kelepasan am negeri dan kelepasan am persekutuan bagi Negeri Johor untuk tahun 2023.

Bil Hari Kelepasan Am Tarikh Hari
1 Tahun Baru Cina 22/1/2023 Ahad
2 Tahun Baru Cina (Hari Kedua) 23/1/2023 Isnin
3 Hari Thaipusam 5/2/2023 Ahad
4 Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor 23/3/2023 Khamis
5 Awal Ramadan 23/3/2023 Khamis
6 Hari Raya Puasa * 22/4/2023 Sabtu
7 Hari Raya Puasa (Hari Kedua) * 23/4/2023 Ahad
8 Hari Pekerja 1/5/2023 Isnin
9 Hari Wesak 4/5/2023 Khamis
10 Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 5/6/2023 Isnin
11 Hari Raya Qurban * 29/6/2023 Khamis
12 Awal Muharram (Ma’al Hijrah) 19/7/2023 Rabu
13 Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar 23/8/2023 Rabu
14 Hari Kebangsaan 31/8/2023 Khamis
15 Hari Malaysia 16/9/2023 Sabtu
16 Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) 28/9/2023 Khamis
17 Hari Deepavali * 12/11/2023 Ahad
18 Hari Krismas 25/12/2023 Isnin

* Tertakluk kepada pindaan (Dikemaskini pada 1 Januari 2023)

Nota:

Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.

Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya.

Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor di sini

hari cuti umum Johor 2023

Sila layari juga Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2023 dan Kalendar Islam 2023 Masihi / 1444-1445 Hijrah Malaysia.

Semoga perkongsian kalendar cuti umum Negeri Johor Darul Ta'zim bagi tahun 2023 ini bermanfaat buat para pembaca khususnya warga Johor. Senarai ini boleh dijadikan panduan dalam merancang aktiviti percutian bersama keluarga, mengadakan kenduri / jamuan, riadah, ziarah dan sebagainya.