Kalendar Cuti Umum Johor 2024

Takwim cuti umum negeri Johor tahun 2024 untuk pengetahuan umum. Berikut adalah kalendar cuti umum atau hari kelepasan am negeri Johor bagi tahun 2024 sepertimana disiarkan di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim.

Semoga kalendar cuti Johor ini dapat membantu warga Johor dalam membuat perancangan awal aktiviti kerja dan percutian untuk tahun ini. Kalender ini akan dikemaskini sebaik sahaja terdapat sebarang perubahan.

Hari Cuti / Kelepasan Am Johor 2024

Jadual berikut menyatakan tarikh, hari dan nama hari-hari kelepasan am negeri dan kelepasan am persekutuan bagi Negeri Johor untuk tahun 2024.

Bil Hari Kelepasan Am Tarikh Hari
1 Thaipusam 25/1/2024 Khamis
2 Tahun Baru Cina 10/2/2024 Sabtu
3 Tahun Baru Cina (Hari Kedua) 11/02/2024 Ahad
4 Awal Ramadan 12/03/2024 Selasa
5 Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor 23/3/2024 Sabtu
6 Hari Raya Puasa * 10/04/2024 Rabu
7 Hari Raya Puasa (Hari Kedua) * 11/4/2024 Khamis
8 Hari Pekerja 1/5/2024 Rabu
9 Hari Wesak 22/5/2024 Rabu
10 Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 3/6/2024 Isnin
11 Hari Raya Haji/Qurban * 18/6/2024 Isnin
12 Awal Muharram (Ma'al Hijrah) 7/7/2024 Ahad
13 Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar 11/8/2024 Ahad
14 Hari Kebangsaan 31/8/2024 Sabtu
15 Hari Malaysia 16/9/2024 Isnin
16 Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) 16/9/2024 Isnin
17 Hari Deepavali * 31/10/2024 Khamis
18 Hari Natal/Krismas 25/12/2024 Rabu

* Tertakluk kepada pindaan (Dikemaskini pada 1 Januari 2024)

Nota:

Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.

Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya.

Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor di sini

hari cuti umum Johor 2024

Sila layari juga Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2024 dan Kalendar Islam 2024 Masihi / 1445-1446 Hijrah Malaysia.

Semoga perkongsian kalendar cuti umum Negeri Johor Darul Ta'zim bagi tahun 2024 ini bermanfaat buat para pembaca khususnya warga Johor. Senarai ini boleh dijadikan panduan dalam merancang aktiviti percutian bersama keluarga, mengadakan kenduri / jamuan, riadah, ziarah dan sebagainya.