Jadual Gaji 2018 Kakitangan Awam

Jadual dan tarikh gaji 2018 kakitangan kerajaan. Senarai tarikh pembayaran gaji bulanan penjawat awam bagi tahun 2018. Tarikh gaji sektor awam ini terpakai untuk semua negeri di seluruh Malaysia.

Gaji penjawat awam kebanyakannya dibayar secara bulanan, dan lazimnya ia dibayar pada hujung bulan. Tapi bila? Berapa haribulan gaji akan masuk akaun? Ramai yang tertanya-tanya tarikh yang tepat hari pembayaran gaji untuk setiap bulan.

Untuk menjawab persolan tersebut, berikut kami kongsikan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2018 untuk rujukan semua. Jadual ini adalah berdasarkan jadual rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM).

Penjawat awam boleh membuat semakan gaji secara online (e-Penyata Gaji) sehari sebelum gaji masuk.

Bagi pesara kerajaan, sila rujuk Tarikh Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan 2018.


Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2018

Tarikh pembayaran gaji bulanan ini adalah dari sumber Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia bertajuk Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2018.

Jadual di bawah memaparkan maklumat bulan, tarikh dan hari gaji dan catatan nama perayaan jika ada.

Bulan Tarikh Gaji Hari Catatan
Januari 25/1/2018 Khamis ---
Februari 08/2/2018 Khamis Tahun Baru Cina 16-17/2/2018
Mac 22/3/2018 Khamis ---
April 25/4/2018 Rabu ---
Mei 24/5/2018 Khamis

Hari Pesta Kaamatan 30-31/5/2018

Jun 07/6/2018 Khamis

Hari Gawai 1-2/6/2018

Hari Raya Puasa 15-16/6/2018
Julai 18/7/2018 Rabu ---
Ogos 14/8/2018 Selasa Hari Raya Haji 22/8/2018
September 25/9/2018 Selasa ---
Oktober 25/10/2018 Khamis ---
November 22/11/2018 Khamis Hari Deepavali 6/11/2018
Disember 18/12/2018 Selasa Hari Krismas 25/12/2018

Jadual tarikh pembayaran gaji penjawat kakitangan awam kerajaan bulan januari februari mac april mei jun julai ogos september oktober november disember

Jadual pembayaran gaji bulanan penjawat awam ini tertakluk kepada pindaan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM). Sila rujuk portal ANM di http://www.anm.gov.my/index.php untuk maklumat terkini tentang tarikh pembayaran gaji kakitangan kerajaan.

Untuk memudahkan anda merancang bajet dan masa percutian, sila padankan jadual gaji 2018 dengan kalendar cuti umum dan cuti sekolah 2018.

Baca juga: