Keputusan Pilihanraya Umum PRU 14 (DUN dan Parlimen)

Keputusan rasmi PRU-14 DUN dan Parlimen. Rakyat Malaysia telah keluar mengundi untuk Pilihanraya Umum Malaysia ke-14 pada 9 Mei 2018. Mereka telah tunaikan kewajipan dengan memilih calon yang akan mewakili aspirasi mereka di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

Sejumlah 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 222 kerusi Parlimen dipertandingkan. Tiga parti utama yang bertanding merebut kerusi ialah Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC dll.), Pakatan Harapan (PKR, DAP, PPBM dan Amanah) yang bertanding atas tiket PKR, dan Gagasan (PAS dan IKATAN).


Keputusan Live Pilihanraya Umum PRU 14 (DUN dan Parlimen)

Berikut dikongsikan live result Pilihanraya Umum Malaysia ke-14 tahun 2018, memaparkan bilangan kerusi Parlimen dan DUN yang telah dimenangi oleh parti-parti bertanding di seluruh negeri di Malaysia.

keputusan pru14 2018


Keputusan PRU14 Parlimen Seluruh Negara

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan di seluruh negara. Berikut adalah jumlah kerusi Parlimen terkini yang dimenangi mengikut parti yang bertanding.

Pemenang majoriti mudah (lebih 50%) layak mengemukakan calon Perdana Menteri untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri yang baharu akan melantik menteri-menteri kabinet bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.

Nama Parti Bilangan Peratus
BN 79 35.6%
PAS 18 8.1%
Pakatan Harapan 113 50.9%
WARISAN 8 3.6%
STAR 1 0.4%
Parti lain 3 1.4%
JUMLAH TERKINI 222/222
PEMENANG Pakatan Harapan

[10 Mei 2018] Parti Warisan Sabah (WARISAN) telah mengumumkan untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) di peringkat persekutuan.

Pecahan sebenar bilangan kerusi Parlimen yang dimenangi oleh parti-parti politik berdaftar dalam Pilihanraya Umum Malaysia ke-14 adalah seperti berikut:

keputusan parlimen pru14


Keputusan PRU14 DUN Setiap Negeri

Berikut adalah keputusan live PRU14 bagi perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap negeri. Jadual memaparkan jumlah serta peratusan kerusi DUN terkini yang dimenangi mengikut parti-parti yang bertanding.

Pemenang majoriti mudah (lebih 50%) layak mengemukakan calon Menteri Besar untuk dilantik oleh sultan. Menteri Besar akan membentuk kerajaan negeri yang baharu.


1. Keputusan PRU14 DUN PERLIS

Sebanyak 15 kerusi DUN dipertandingkan di negeri Perlis.

Nama Parti Bilangan Peratus
BN 10 66.7%
PAS 2 13.3%
Pakatan Harapan 3 20.0%
Parti lain -
JUMLAH TERKINI 15/15
PEMENANG BN

2. Keputusan PRU14 DUN KEDAH

Sebanyak 36 kerusi DUN dipertandingkan di negeri Kedah.

Nama Parti Bilangan Peratus
BN 3 8.3%
PAS 15 41.7%
Pakatan Harapan 18 50.0%
Parti lain -
JUMLAH TERKINI 36/36
PEMENANG

3. Keputusan PRU14 DUN PULAU PINANG

Sebanyak 40 kerusi DUN dipertandingkan di negeri Pelau Pinang.

Nama Parti Bilangan Peratus
BN 2 5.0%
PAS 1 2.5%
Pakatan Harapan 37 95.5%
Parti lain -
JUMLAH TERKINI 40/40
PEMENANG Pakatan Harapan

4. Keputusan PRU14 DUN PERAK

Sebanyak 59 kerusi DUN dipertandingkan di negeri Perak.

Nama Parti Bilangan Peratus
BN 27 45.8%
PAS 3 5.1%
Pakatan Harapan 29 49.1%
Parti lain -
JUMLAH TERKINI 59/59
PEMENANG

5. Keputusan PRU14 DUN KELANTAN

Sebanyak 45 kerusi DUN dipertandingkan di negeri Kelantan.

Nama Parti Bilangan Peratus
BN 8 17.8%
PAS 37 82.2%
Pakatan Harapan -
Parti lain -
JUMLAH TERKINI 45/45
PEMENANG PAS

6. Keputusan PRU14 DUN TERENGGANU

Sebanyak 32 kerusi DUN dipertandingkan di negeri Terengganu.

Nama Parti Bilangan Peratus
BN 10 31.3%
PAS 22 68.7%
Pakatan Harapan -
Parti lain -
JUMLAH TERKINI 32/32
PEMENANG PAS

7. Keputusan PRU14 DUN PAHANG

Sebanyak 42 kerusi DUN dipertandingkan di negeri Pahang.

Nama Parti Bilangan Peratus
BN 25 59.6%
PAS 8 19.0%
Pakatan Harapan 9 21.4%
Parti lain -
JUMLAH TERKINI 42/42
PEMENANG BN

8. Keputusan PRU14 DUN SELANGOR

Sebanyak 56 kerusi DUN dipertandingkan di negeri Selangor.

Nama Parti Bilangan Peratus
BN 4 7.1%
PAS 1 1.8%
Pakatan Harapan 51 91.1%
Parti lain
JUMLAH TERKINI 56/56
PEMENANG Pakatan Harapan

9. Keputusan PRU14 DUN NEGERI SEMBILAN

Sebanyak 36 kerusi DUN dipertandingkan di Negeri Sembilan.

Nama Parti Bilangan Peratus
BN 16 44.4%
PAS -
Pakatan Harapan 20 55.6%
Parti lain -
JUMLAH TERKINI 36/36
PEMENANG Pakatan Harapan

10. Keputusan PRU14 DUN MELAKA

Sebanyak 28 kerusi DUN dipertandingkan di negeri Melaka.

Nama Parti Bilangan Peratus
BN 13 46.4%
PAS -
Pakatan Harapan 15 53.6%
Parti lain -
JUMLAH TERKINI 28/28
PEMENANG Pakatan Harapan

11. Keputusan PRU14 DUN JOHOR

Sebanyak 56 kerusi DUN dipertandingkan di negeri Johor.

Nama Parti Bilangan Peratus
BN 19 33.9%
PAS 1 1.8%
Pakatan Harapan 36 64.3%
Parti lain
JUMLAH TERKINI 56/56
PEMENANG Pakatan Harapan

12. Keputusan PRU14 DUN SABAH

Sebanyak 60 kerusi DUN dipertandingkan di negeri Sabah.

Nama Parti Bilangan Peratus
BN 29 48.3%
WARISAN 21 35.0%
PKR 2 3.3%
DAP 6 10.0%
STAR 2 3.3%
Parti lain
JUMLAH TERKINI 60/60
PEMENANG

12. Keputusan PRU14 DUN SARAWAK

Terdapat 71 kerusi DUN di negeri Sarawak, tetapi ia tidak dipertandingkan kali ini kerana Sarawak telahpun mengadakan Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN-11) pada 2016.

Keputusan pilihanraya umum ke 14 tahun 2018 akan sentiasa dikemaskini untuk memaparkan keputusan terbaharu sehingga pengiraan undi selesai dan semua keputusan diperolehi.