Semakan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO 2018

Semakan keputusan permohonan kemasukan UPUOnline ke Program Sijil dan Diploma ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi ambilan Jun 2018.

Pemohon boleh menyemak secara online, menerusi SMS, atau melalui aplikasi mudah alih UPUPocket bermula jam 12:00 tengah hari 21 Mei 2018.


Semak Keputusan Secara Online

Semakan online boleh dibuat melalui Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) UPUOnline, di pautan berikut:

https://online.mohe.gov.my/upu/hebahan/


Semak Keputusan Melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk semakan keputusan kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA tahun 2018 akan diaktifkan bermula jam 12:00 tengah hari 21 Mei 2018 sehingga 31 Mei 2018.

semakan keputusan permohonan kemasukan UPU UA IPTA

Berikut adalah cara membuat semakan melalui SMS:

  1. Taipkan:

    UPU<jarak>TEVT<jarak>[No Kad Pengenalan]

    Contoh: UPU  TEVT  980325035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888


Pemohon yang BERJAYA akan mendapat surat tawaran yang dikeluarkan sendiri oleh politeknik, kolej komuniti serta ILKA. Untuk mengesahkan tawaran tersebut, pemohon perlu menjawab surat SETUJU TERIMA TAWARAN dalam tempoh yang ditetapkan (seperti dinyatakan dalam surat tawaran).


Rayuan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & ILKA

Bagi pemohon yang tidak berjaya, rayuan ke Politeknik Premier/ Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA boleh dikemukakan mulai 21 Mei 2018.

Untuk menyemak keputusan rayuan pula, sila layari Semakan Keputusan Rayuan Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi talian helpline UPU 03-88706767 dan 03-88706777 pada hari bekerja dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

Semoga berjaya dan good luck!

Click to go to top