Semakan Keputusan Rayuan UPU ke UA/IPTA Sesi 2019/2020

Rayuan dan Semakan Keputusan ke UPU ke UA / Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA Sesi 2019/2020 bagi lepasan SPM/Setaraf dan lepasan STPM/Setaraf. Berikut adalah beberapa maklumat mengenai e-rayuan dan semakan keputusan e-rayuan UPU untuk panduan pembaca.


Permohonan e-Rayuan Keputusan UPU

Hanya calon yang gagal mendapat sebarang tawaran sahaja yang layak membuat rayuan. Tarikh-tarikh permohonan rayuan UPU dibuka bagi ambilan sesi 2019/2020 adalah seperti berikut:

  • Bagi calon lepasan SPM/setaraf

    Untuk permohonan rayuan ke UA bagi lepasan SPM/Setaraf, rayuan ke Politeknik Premier dan rayuan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA.

    • UPUOnline Rayuan ke Universiti Awam / Politeknik Premier

      UPUOnline Rayuan ke Universiti Awam / Politeknik Premier bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf boleh dicapai mulai 5 Mei 2019 jam 12.00 tengah hari sehingga 10 Mei 2019 jam 11.59 malam.

      Rayuan boleh dibuat secara online melalui aplikasi e-Rayuan UPU Kementerian Pendidikan Malaysia, di pautan berikut:

      http://upu.mohe.gov.my

    • Rayuan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA

      Rayuan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA boleh dikemukakan melalui agensi yang berkaitan.

  • Bagi calon lepasan STPM/setaraf

    Permohonan rayuan kemasukan ke UA bagi lepasan STPM/setaraf secara online dijangka akan dibuka mulai 31 Julai sehingga 9 Ogos 2019.

    Rayuan boleh dibuat secara online melalui aplikasi e-Rayuan UPU Kementerian Pendidikan Malaysia, di pautan berikut:

    http://upu.mohe.gov.my

permohonan rayuan dan semakan keputusan rayuan upu online ipta


Semakan Keputusan Rayuan UPU

Semakan keputusan e-rayuan ke Universiti Awam (UA) / Politeknik Premier menerusi pengambilan UPU boleh dibuat secara online dan juga SMS.


⦿ Tarikh hebahan dan semakan keputusan rayuan

  • Bagi calon lepasan SPM/setaraf

    Semakan keputusan rayuan kemasukan ke UA / Politeknik Premier bagi lepasan SPM/setaraf akan dibuka mulai 26 Jun sehingga 5 Julai 2019.

  • Bagi calon lepasan STPM/setaraf

    Semakan keputusan rayuan kemasukan ke UA bagi lepasan STPM/setaraf secara online boleh dibuat mulai:

    • Rayuan Fasa 1: Minggu ke-5 bulan Ogos 2019
    • Rayuan Fasa 2: Minggu ke-3 bulan September 2019

Jika tiada sebarang tawaran diterima dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu di institusi pendidikan berkenaan, maka rayuan tersebut hendaklah dianggap gagal.


⦿ Kaedah semakan keputusan rayuan

  • Semakan secara online

    Semakan keputusan rayuan UPU untuk ke UA / Politeknik Premier secara online boleh dibuat di pautan berikut:

  • Semakan melalui SMS

    Berikut adalah cara membuat semakan keputusan rayuan kemasukan ke IPTA / Politeknik Premier melalui SMS:

    1. Taipkan:

      UPU<jarak>RESULT<jarak>[No Kad Pengenalan]

      Contoh: UPU  RESULT  990325035243

    2. Hantarkan SMS ke 15888

  • Semakan Keputusan UPU Menggunakan App

    Semakan keputusan permohonan UPU boleh dibuat menggunakan aplikasi mobile UPUPocket 2.0. Aplikasi mudah alih ini boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store.

Sila layari Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau laman web BPKP (UPU) untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini.

Anda boleh juga hubungi talian helpline UPU 03-88708200 pada hari bekerja dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

Sila bookmark dan share.