Senarai Dan Perbezaan Politeknik Premier, Konvensional dan METrO

|  2 ulasan

Berikut adalah senarai dan juga perbezaan Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik METrO kelolaan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM).


Senarai Politeknik Premier, Konvensional dan METrO

  • Politeknik Premier

    Politeknik Premier adalah politeknik yang setaraf dengan universiti awam (UA). Ia hanya menerima pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Politeknik Premier menawarkan program pengajian peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda. Ia tidak menawarkan program peringkat sijil.

    Permohonan adalah melalui UPU Online dan terbuka kepada pelajar sepenuh masa dan separuh masa.

    Berikut adalah senarai terkini Politeknik Premier:

    1. Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak
    2. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam, Selangor 
    3. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang, Johor
  • Politeknik Konvensional

    Politeknik Konvensional berada di bawah kategori TEVT (Technical Education and Vocational Training) dan ILKA (Institut Latihan Kemahiran Awam). Politeknik Konvensional menerima pelajar lepasan SPM dan setaraf. Program atau kursus yang ditawarkan ialah pada peringkat Sijil dan Diploma. Kursus ditawarkan dalam bentuk kursus sepenuh masa  dan separuh masa / secara sambilan.

    Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal UPU atau politeknik.

    Berikut adalah senarai terkini Politeknik Konvensional:

    1. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan, Pahang
    2. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah
    3. Politeknik Kota Bharu (PKB), Ketereh, Kelantan
    4. Politeknik Kuching (PKS), Sarawak
    5. Politeknik Port Dickson (PPD), Negeri Sembilan
    6. Politeknik Kota Kinabalu (PKK), Menggatal, Sabah
    7. Politeknik Seberang Perai (PSP), Permatang Pauh, Pulau Pinang
    8. Politeknik Melaka (PKM), Malim, Melaka
    9. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun, Terengganu
    10. Politeknik Merlimau (PMM), Melaka
    11. Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang, Perak
    12. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kulim, Kedah
    13. Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sungai Lang, Selangor
    14. Politeknik Muadzam Shah (PMS), Pahang
    15. Politeknik Balik Pulau (PBU), Pulau Pinang
    16. Politeknik Jeli (PJK), Kelantan
    17. Politeknik Mukah (PMU), Sarawak
    18. Politeknik Nilai (PNS), Bandar Enstek, Negeri Sembilan
    19. Politeknik Banting (PBS), Selangor
    20. Politeknik Mersing (PMJ), Johor
    21. Politeknik Hulu Terengganu (PHT), Kuala Berang, Terengganu
    22. Politeknik Sandakan (PSS), Sabah
    23. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Arau, Perlis
    24. Politeknik Kuala Terengganu (PKKT), Terengganu
    25. Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PPJ), Pagoh, Johor (kini menumpang di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan)
    26. Politeknik Besut (PBT), Bukit Keluang, Besut (kini menumpang di Politeknik Kota Bharu, Ketereh, Kelantan)?

    senarai dan perbezaan politeknik

  • Politeknik METrO

    Politeknik METrO (Maximising Education & Training Opportunities) merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang industri yang berorientasikan perkhidmatan dan perdagangan.

    Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja yang memerlukan upskilling dan re-skilling. Pembelajaran dijalankan secara virtual learning dan melibatkan komponen on the job training.

    Politeknik METrO terletak di pusat bandar dan tidak menyediakan asrama untuk pelajar.

    Permohonan boleh dibuat secara online melalui UPU atau politeknik.

    Berikut adalah senarai Politeknik METrO setakat ini:

    1. Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL), Kuala Lumpur
    2. Politeknik METrO Kuantan (PMKU), Pahang
    3. Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB), Johor
    4. Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG), Permatang Pauh, Pulau Pinang
    5. Politeknik METrO Betong (PMB), Sarawak

Semoga maklumat mengenai jenis-jenis dan perbezaan politeknik di atas dapat membantu anda memilih politeknik terbaik untuk melanjutkan pelajaran.

2 ulasan

Catat Ulasan

Cancel
Click to go to top