Senarai Nama Menteri Besar Dan Ketua Menteri

|  3 comments

Berikut adalah senarai terkini nama Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi negeri-negeri di Malaysia.

Menteri Besar atau Ketua Menteri adalah gelaran yang diberi kepada Ketua Eksekutif kerajaan negeri di Malaysia. Manakala gelaran bagi ketua kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri.

Bagi negeri-negeri yang mempunyai Raja atau Sultan (iaitu Perlis, Johor, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan), Ketua Eksekutif kerajaan negeri digelar Menteri Besar.

Manakala bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja atau Sultan (iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak), Ketua Eksekutif kerajaan negeri diberi gelaran Ketua Menteri.

Untuk senarai menteri-menteri kabinet peringkat persekutuan, sila layari Senarai Lengkap Menteri Kabinet Malaysia.

Senarai Nama Menteri Besar Dan Ketua Menteri

(Dikemaskini 17 Mei 2020)

Bil Jawatan Nama Parti Politik
1 Menteri Besar Pahang Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail UMNO
2 Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Bin Mokhtar PAS
3 Menteri Besar Perlis Dato' Seri Azlan Bin Man UMNO
4 Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Bin Shari PKR
5 Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Haji Aminuddin Bin Harun PKR
6 Menteri Besar Johor Datuk Ir. Hasni Bin Mohammad UMNO
7 Menteri Besar Kelantan Dato' Haji Ahmad Bin Yakob PAS
8 Menteri Besar Perak Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu PPBM
9 Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Bin Md Nor PAS
10 Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow DAP
11 Ketua Menteri Melaka Datuk Hj. Sulaiman Bin Md Ali UMNO
12 Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal WARISAN
13 Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg GPS

Changelog

3 comments

Calrase

Calrase

14 Januari, 2017 23:28
Perkongsian yang amat mantap :)
Bagaimana Malaysia

Bagaimana Malaysia

18 Januari, 2017 21:15
Ni senarai latest kan tuan...tq ye share senarai ni...sangat membantu
Ulasan ditutup