Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2024/1445H Malaysia

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Ramadan 2023M/1444H Malaysia dan Singapura. Berikut adalah jadual waktu imsak (sahur) dan berbuka puasa / iftar bagi negeri-negeri seluruh Malaysia dan Singapura, bagi bulan Ramadhan tahun 2024 Masihi bersamaan 1445 Hijrah untuk panduan umat Islam.

Takwim Ramadhan bagi Malaysia adalah berdasarkan data oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), manakala bagi Singapura oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Waktu puasa bermula dari terbit fajar sadiq (masuk waktu Subuh) sehingga terbenam matahari (masuk waktu Maghrib). Waktu Imsak ialah waktu peringatan/berjaga-jaga bahawa masa untuk sahur sudah hampir tamat. Di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan Indonesia, waktu imsak ditetapkan 10 minit sebelum masuk waktu Subuh.

Disamping menunaikan puasa wajib disiang hari, Ramadhan mubarak hendaklah dimeriahkan dengan ibadat solat sunat Tarawih, tadarus Al-Quran dan bersedekah.

jadual waktu berbuka puasa dan imsak 2024

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Ramadan 2024 Malaysia

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak Ramadan 1445H/2024M bagi setiap negeri di Malaysia sepertimana disiarkan oleh JAKIM.

Jika anda hanya ingin menyemak waktu berbuka puasa hari ini (dan waktu imsak hari ini), adalah lebih senang anda gunakan widget waktu solat.

Klik pautan bagi negeri pilihan anda untuk menyemak jadual berbuka puasa dan imsak untuk semua zon/kawasan.

Jadual waktu imsak & berbuka puasa negeri-negeri seluruh Malaysia terbitan JAKIM bagi tahun 2024/1445H dalam bentuk fail pdf, boleh diakses dan dimuat turun melalui pautan ini.

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Ramadhan 2023 Singapura

Berikut adalah jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi seluruh Singapura sepertimana diumumkan MUIS.

Untuk adik-adik yang baru nak belajar ibadah puasa bolehlah mula menghafal Lafaz Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa.

Selamat berpuasa untuk semua pembaca Muslim. Jagalah pemakanan di bulan Ramadan ini untuk kekal sihat, ceria dan bersemangat.

Ramadan mubarak. Sila share dan uar-uarkan.