Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kedah 2023M /1444H

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa & imsak sepanjang bulan Ramadhan 1444H / 2023M bagi seluruh negeri Kedah, sepertimana disiarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Jadual atau takwim ini diharap dapat membantu umat Islam yang menetap di Kedah mendapatkan maklumat yang tepat waktu berbuka puasa dan imsak (sahur) dalam menjalani ibadah puasa di sepanjang bulan Ramadan.

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2023 Negeri Kedah

Berikut adalah poster jadual imsak dan berbuka bagi seluruh zon/kawasan negeri Kedah bagi Ramadan tahun 2023 Masihi bersamaan 1444 Hijrah.

Jadual berbuka & imsak ini memaparkan tarikh Hijriah serta tarikh Miladiah / Masihi, hari, waktu imsak dan waktu berbuka puasa.

Waktu berbuka dan imsak negeri Kedah terbahagi kepada 7 zon, iaitu:

  • ZON 1: Daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena
  • ZON 2: Daerah Pendang, Kuala Muda dan Yan
  • ZON 3: Daerah Padang Terap dan Sik
  • ZON 4: Daerah Baling
  • ZON 5: Daerah Kulim dan Bandar Baharu
  • ZON 6: Pulau Langkawi
  • ZON 7: Puncak Gunung Jerai

Sila klik pada takwim untuk paparan yang lebih besar dan jelas.

jadual waktu berbuka puasa dan imsak kedah 2023

* Tarikh permulaan Ramadan akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Bagi Negeri-negeri Lain di Malaysia

Untuk menyemak waktu berbuka puasa dan imsak Ramadan 2023/1444H bagi negeri-negeri lain di Malaysia, sila layari Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Malaysia.

Untuk rujukan anda, di sini disertakan juga Lafaz Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa bulan Ramadan.

Semoga jadual waktu berbuka dan imsak negeri Kedah ini bermanfaat buat para pembaca. Sila share dan uar-uarkan.