Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Pahang 2023M / 1444H

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh negeri Pahang untuk bulan Ramadhan 1444H / 2023M, sepertimana disiarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Jadual atau takwim ini diharap dapat membantu umat Islam yang menetap di Pahang Darul Makmur dalam membuat semakan waktu berbuka puasa dan imsak semasa menjalani ibadah puasa.

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2023 Negeri Pahang

Berikut adalah poster-poster jadual imsak dan berbuka bagi seluruh negeri Pahang bagi Ramadan tahun 2023 Masihi bersamaan 1444 Hijrah yang diterbitkan oleh Jabatan Mufti negeri Pahang.

Jadual berbuka dan imsakiah ini memaparkan tarikh Hijriah serta tarikh Miladiah / Masihi, hari, waktu imsak dan waktu berbuka puasa.

Waktu berbuka dan imsak negeri Pahang terbahagi kepada 6 zon, iaitu:

  • ZON 1/A Pulau Tioman
  • ZON 2/B: Rompin, Pekan, Muadzam Shah dan Kuantan
  • ZON 3/C: Maran, Chenor, Temerloh, Bera, Jengka dan Jerantut
  • Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Ramadhan 1444H 2023M Pahang zon 1-3

  • ZON 4/D: Bentong, Raub dan Lipis
  • ZON 5/E: Genting Sempah, Bukit Tinggi dan Janda Baik
  • ZON 6/F: Genting Highlands, Cameron Highlands dan Bukit Fraser
  • Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Ramadhan 1444H 2023M Pahang zon 4-6

Sila klik pada takwim untuk paparan yang lebih besar dan jelas.

* Tarikh permulaan Ramadan akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Untuk rujukan anda, di sini disertakan juga Lafaz Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa bulan Ramadan.

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Bagi Negeri-negeri Lain di Malaysia

Untuk menyemak waktu berbuka puasa dan imsak Ramadan 2023/1444H bagi negeri-negeri lain di Malaysia, sila layari Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Malaysia.

Semoga jadual waktu berbuka dan imsak negeri Pahang ini bermanfaat buat para pembaca. Sila share dan uar-uarkan.